Friday, November 30, 2007

Imbas Kembali : Diskusi antara saya dan Nazri

DISKUSI ini adalah antara saya dengan seorang rakan di pejabat. Lama dulu. Bila kemaskini email-email saya, terpandang pulak diskusi ini. Saya fikir elok kalau saya post kan di sini untuk rekod dan panduan. Ianya adalah bermula daripada laporan akhbar Utusan Malaysia seperti di bawah.

-----Original Message-----
From: Safuan Ibrahim [mailto:safuan@bankindustri.com.my]
Sent: Thursday, June 02, 2005 9:23 AM
Subject: Fwd: Laporan Utusan Malaysia...

Saya fikir laporan ini walaupun cuba menimbulkan 'pertentangan' tetapi kepada mereka yang berfikiran matang ianya menggambarkan sikap terbilang Pemuda Pas yang menjadi 'pengawal parti'. Pemuda Umno berani ke cakap macam ni kepada pemimpin mereka?

Dalam Negeri
Pemuda Pas dedah ada pemimpin parti hidup mewah

Oleh: ZULKIFLEE BAKAR

KOTA BHARU 1 Jun - Dewan Pemuda Pas hari ini secara terbuka mendedahkan sikap segelintir pemimpin mereka yang disifatkan telah dijangkiti penyakit elit, ego, angkuh dan mewah……

-----Original Message-----
From: Mohd Nazri Hussin [mailto:nazri@bankindustri.com.my]
Sent: 02 Jun 2005 10:00

Sebenarnya memang ramai pemimpin PAS yang hidup mewah. Saya dah lama tahu. Mereka pun manusia juga bukan malaikat. Ramai juga yang songlap balak kat kelantan tu (kawan saya bapak dia Pengarah Orang Asli kat Kelantan, dia yang bagitau). Perangai macam UMNO juga cuma, mereka ada lebel halal "sebab parti Islam". Tapi bukan semua, cuma kebanyakan. Sebab tu mereka pun berebut jawatan (contoh macam pertandingan jawatan untuk ketua bahagian dan sbgnya).

Sebab tu, maaf saya cakap, kadang-kadang saya pun tak yakin dengan PAS untuk bawa Islam kat M'sia ni. Contoh yang baik ialah seperti Nik Aziz. Tak ramai pemimpin PAS yang boleh ikut macam beliau.

Islam tak akan memang dengan demokrasi. Islam menang dengan mujahadah dan pengorbanan. Demokrasi PENIPU. Aku tak percaya langsung dengan Demokrasi.

From: Safuan Ibrahim [mailto:safuan@bankindustri.com.my]
Sent: Thursday, June 02, 2005 10:33 AM

Saya pulak berpandangan.....memang tak salah hidup mewah. Tapi mestilah dengan cara dan garis yang diluluskan oleh syarak. Ramai jugak para sahabat Nabi yang kaya dan mewah....tapi mereka gunakan kemewahan tu untuk perkukuhkan kedudukan agama. Saya masih ingat kata seorang ustaz.....kalau kita ada 'apa-apa' barulah boleh kita beri 'apa-apa'; kalau kita tak ada 'apa-apa' macamana kita nak beri 'apa-apa'. 'Apa-apa' ni termasuklah ilmu, harta & pengorbanan.

Berkenaan songlap balak kat Kelantan......saya dah dengar ni sejak tahun 1995 lagi. Annuar Musa pun pernah bangkitkan dalam debat nya dengan Mahfuz Omar (waktu tu beliau Ketua Pemuda PAS) di himpunan pelajar di UK atau US (saya tengok VCD). Tapi bila Mahfuz cabar dia bawak kes ini ke mahkamah.....Annuar senyum meleret je. Dan saya yakin kalau betullah kes ni wujud....Umno/BN tak akan lepas peluang belasah Pas habis-habisan....ini logiknya dalam politik 'bunuh' yang diamal oleh Umno/BN. Tapi sudah lebih 13 tahun Pas pimpin Kelantan....tak ada satu kes pun yang Umno/BN boleh kaitkan dengan salah guna kuasa.

Saya pun ragu jugak bapak kawan engko tu yang kata Pengarah Orang Asli Kelantan....mungkin dia ni ada agenda sendiri kalau bukan pun dia Umno/BN.

YAKIN dengan Pas?

Saya berpandangan....kita nak yakin dengan sesuatu...kena tengok undang-undang tubuh sesuatu badan/organisasi tu. Kemudian tengok lah pegangan tertinggi yang dicatatkan. Memang sukar untuk lahirkan lagi orang macam Nik Aziz, samalah jugak sukar untuk lahirkan generasi sahabat. Kata Syed Qutb lebih kurang dalam 'Petunjuk Sepanjang Jalan'.....'tidak mungkin lagi wujud generasi seperti yang pernah diwujudkan oleh Nabi saw........tetapi kemungkinan wujud individu yang berperanan dan mengikut jejak langkah mereka tu mungkin akan ada....'

Oleh itu tak kan lah kita nak tunggu sampai semua orang Pas jadi macam Nik Aziz baru kita nak yakin dengan perjuangan tersebut?

Apa yang saya perhatikan Pas ialah satu daripada mata rantai yang menyambung perjuangan menegakkan Islam. Pas bukan macam Jamaat Islami di Pakistan yang hanya menerima ahli terpilih. Atau Abim & Jim di Malaysia yang dianggotai oleh mereka yang mempunyai Diploma dan ke atas.

Tetapi...Pas ialah gerakan 'massa' yang menerima penyertaan segenap lapisan masyarakat.....bak kata orang...'yang pipih datang melayang, yang bulat datang menggolek, yang tempang datang berpapah'. Bahkan ianya menerima lapisan masyarakat paling bawah latarbelakang pendidikan sehinggalah ke setinggi-tinggi profession yang sanggup menerima amanah perjuangan ini.

Islam tak boleh menang dengan demokrasi?

Saya tak yakin dengan kenyataan ini. Sebab Islam pernah buktikan ianya boleh menang apabila demokrasi dibuka. FIS di Algeria pernah menang bila demokrasi dibuka. Parti Refah pimpinan Erbakan pun pernah menang di Turki. Pas pun boleh menang di Kelantan & Terengganu bila demokrasi dibuka sedikit.

Soalnya apakah benar demokrasi?

Sebab itu kalau kita ikuti ucapan Presiden dan pimpinan Pas....antara agenda penting yang mesti di perjuangkan untuk tahap ini ialah memulihkan demokrasi di Malaysia. Sebab itu Pas bersetuju bersama-sama berganding bahu dengan parti-parti dan NGO lain untuk pulihkan demokrasi. Bila demokrasi dipulihkan.....ruang menjelaskan Islam akan terbuka luas....massa akan mula memahami dan menghayati Islam......Islam pasti diterima oleh rakyat. Sebab Islam itu adil, indah dan cantik.

Untuk kembalikan demokrasi....perlukan mujahadah dan pengorbanan......macam yang sdr katakan tadi. Ramai yang terbabas....ramai yang tersungkur ditengah perjuangan....ramai yang terperosok dalam sel-sel penjara...ramai yang gugur syahid....Inilah rekod Pas.

Tak percaya dengan demokrasi? Memang....jika demokrasi itu ialah seperti yang ada sekarang. Tetapi macam saya katakan tadi, kita kena bersama berkorban apa sahaja untuk pulihkan demokrasi. Bila demokrasi dibuka walau sedikit Islam tetap akan mengunggulinya....

OK.....buka pada perbincangan.....

From: Mohd Nazri Hussin [mailto:nazri@bankindustri.com.my]
Sent: 02 Jun 2005 12:12

Tapi Nabi tak pernah tubuh parti pun? Nabi diangkat menjadi pemimpin tidak melalui demokrasi. Sebenarnya demokrasi ynag melemahkan umat Islam. Benar, di Algeria dan Turki parti Islam menang. tapi lihatlah apa yang terjadi kepada mereka. Menang atas nama sahaja tetapi dari segi kerohanian mereka lemah selemah lemahnya. Yang cipta demokrasi pun orang yahudi. Jadi mereka tahu dengan cara itu orang Islam akan menjadi lemah. Macam Taliban di Afganistan, mereka menolak sistem demokrasi dan mereka berjaya menegakkan syiar Islam sampai sekarang. Media massa sahaja yang kata Taliban kalah tapi sebenarnya mereka menang. Amerika serang mereka sebab Taliban tak mau ikut sistem demokrasi. Taliban berjaya mengangkat maruah Islam yang sebenarnya.

Siapa yang membiarkan umat islam diMalaysia berpuak2 (berparti). Tentulah Inggeris. Inggeris bukan sahaja jajah ekonomi kita tapi mereka nak jajah minda kita. Sebab tu orang yahudi tak takut dengan Parti Islam (i.e Pas dan sebagainya) sebab mereka tahu selagi orang Islam berparti dan menuntut kemenangan melaui demokrasi, selagi itu Islam tak akan menang. Masa Inggeris tinggakan Tanah Melayu, mereka tak kisah di Tanah Melayu ada Parti Islam. Inggeris sebenarnya redha dengan Parti Islam. Kalau tudak dah tentu dulu lagi mereka dah hentam parti Islam. Tapi mereka biarkan sahaja.

Inggeris, Amerika, dan Israel cuma takut pada orang-orang macam Taliban, Mujahidin di Chenchen, golongan macam Usama Laden dan sebagainya. Sebab mereka ini semua nak tegakkan Islam cara sunnah dan bukan cara demokrasi. Mereka ini semua macam singa di siang hari tapi menangis seperti bayi di malam hari beribadat di depan Allah. Amalan mereka 100% sunnah dan hanya berharap pada Allah semata-mata. Mereka serahkan diri, nyawa dan harta mereka pada jalan Allah.

Berapa ramai penyokong Pas yang sembahyang tahjud, banyakkan buat amalan malam dan hidupkan sunnah. Sangat sedikit. Tapi ramai yang bersikap macam seolah-olalah mereka sahaja yang layak masuk syurga, bergaduh dengan jiran tetangga pasal parti, malah ada yang sanggup putus saudara kerana parti (berlaku pada keluarga saya). Cerca mencerca jangan cakap la, memang selalu saya dengar.

Safuan, saya sokong semua pertubuhan atau mana-mana pihak yang nak tegakkan Islam di muka bumi Allah ni. Saya cuma terkilan cara sebahagian (bukan semua) anggota/ penyokong Pas yang hipokrit dan tidak berhikmah dalam berdakwah.

From: Safuan Ibrahim [mailto:safuan@bankindustri.com.my]
Sent: Thursday, June 02, 2005 3:14 PM
To: nazri@bankindustri.com.my

OK ....baru dapat masa sikit....

Nabi tak pernah tubuh parti?

Saya sebenarnya terkejut dengan soalan ni.....sebab saya fikir kekalutan ini telah lama diselesaikan dalam pemikiran kita terutama dikalangan yang terpelajar seperti sdr. Pendedahan ini sepatutnya sudah biasa didengar masa di Universiti dulu.

Kalau nak di qias kan dengan soalan ni.....kira terlalu banyaklah benda yang nabi tak pernah buat dulu tapi kita buat sekarang. Saya tak perlu sebutlah....sdr tentu dapat menghitungnya.

Parti ni nama sahaja.....kita boleh sebutnya kumpulan, organisasi, harakah, jamaah, hizb (dalam Al-Quran sendiri ada sebut perkataan hizbullah - parti/puak Allah - itupun kalau kita nak semua benda disebut secara terus terang dalam Quran) dan macam-macam lagilah mengikut perkembangan bahasa dan zaman. Sebab itulah tok guru selalu sebut....hukum tak boleh diletak kepada nama tetapi kepada isinya.....contoh kalau di Kelantan ada kuih namanya kuih tahi itik! Kalau kita letak hukum pada nama....maknanya kuih tu haram dimakan! Belum lagi 'tahik lalat' yang melekat kat muka kita.....macamana nak solat tu.

Pas telah ditubuhkan untuk mencapai maksud 'mendaulatkan' Islam dalam segenap aspek.
Dalam negara yang telah diasaskan ini......kita telah ada perlembagaan. Suka atau tidak....inilah perlembagaannya. Inilah realitinya. Tak perlu kita ulang dan sesalkan bentuk negara yang telah ada ini....sebab orang dahulu telah berjuang untuk itu. Para ulamak telah habis keringat, airmata dan darah untuk perjuangan mendaulatkan Islam. Tapi .....akhirnya dengan tipu helah dan pelbagai hambatan....lahirlah Malaysia seadanya ini.

Disinilah titik tolak kita....

Untuk mencapai cita-cita besar ini dalam realiti Malaysia dan rakyatnya......Pas tak boleh jadi NGO sebab cara ni tak boleh sertai pilihanraya. Pas tak boleh jadi macam Arqam dulu.....yang nyawanya di tangan kerajaan....dan tak ada dokongan undang-undang untuk selamatkannya daripada tindakan mengharamkannya. Kita sudah lihat bagaimana nasibnya. Tinggal puing-puingnya sahaja. Kita tak cukup hanya jadi macam Jamaah Tabligh yang organisasinya lebih kabur untuk menerima apa-apa tanggungjawab.

Tetapi Pas mempunyai asas-asas tadi kalaupun tidak mendalam. Sekali lagi Pas adalah gerakan 'massa'. Disebabkan para ulamak memutuskan untuk menyertai pilihanraya sebagai 'cara silmi' untuk mengambil alih kerajaan......Pas mesti berdaftar sebagai sebuah parti politik. Tetapi sekali lagi Pas tak sama dengan lain-lain parti!

Saya tidak berniat memperkecilkan lain-lain badan....tetapi untuk membuktikan bahawa Pas melangkaui skop badan-badan tadi.

Memang Pas telah memilih 'berjuang secara silmi'. Silmi dengan makna....secara aman. Mengambil alih kepimpinan negara melalui kaedah ini. Cara aman itu ialah menyertai Pilihanraya.

Oleh kerana Pas adalah sebuah gerakan Islam, tugas Pas bukan sahaja menyertai Pilihanraya. Pas juga mendidik ahli-ahlinya dengan tasawwur Islam yang menyeluruh melalui usrah, tamrin, muqayyam, seminar, kursus dan apa sahaja metodologi yang dikira perlu bagi melahirkan petugas yang ikhlas dan tahan uji. Sekali lagi nama program itu tidak penting, ianya adalah 'alat' sahaja bagi mencapai maksud. Antara yang terbaru ialah....'A morning with Tok Guru' di Dewan Bunga Raya, Glenmarie. Apa isinya.....itulah juga apa yang kita temui dalam lain-lain program pembinaan dalaman ahli-ahli Pas.

Berjaya atau tidak? Ada yang berjaya dan ada yang tidak.....tetapi nawaitu nya ialah untuk Islam. Soal berjaya....berkesan atau tidak, bukan urusan kita. Kita dituntut melakukan yang terbaik untuk agama.....itu sahaja. Kalau tidak berjaya....kita akan melakukan muhasabah.....proses ini berlanjutan dalam Pas.

DEMOKRASI....

Sekali lagi....itulah saya katakan tadi....demokrasi macamana? Kita berjuang Islam ini antara lain ialah untuk pulihkan demokrasi. Saya tidak fikir demokrasi ini melemahkan.....kalau kita menyertai perjuangan ini......kita sebenarnya berjuang untuk membaiki demokrasi.

Dalam Pas sendiri bukan semuanya berasaskan demokrasi. Kita ada syura dan institusinya ialah Majlis Syura yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am. Kalaupun keputusan demokrasi diperolehi dalam Pas. Tiba-tiba ianya bertentangan dengan prinsip Islam. Majlis Syura akan membatalkannya. Syura dan demokrasi beriringan dalam Pas.

Lagipun demokrasi yang berjalan contohnya dalam pertandingan jawatan dalam Pas, ianya adalah sebahagian daripada syura. Kalau dulu pimpinan dipilih melalui 'angkat tangan' atau syura. Tapi bila bilangan sudah menjangkau beribu-ribu orang....tak kan nak angkat tangan jugak. Mestilah melahirkannya melalui kertas undi. Inilah syura ahli-ahli.

Di Algeria dan sebagainya....saya nak sebut tadi bahawa jika demokrasi dipulihkan .....gerakan Islam boleh menang. Ini point saya. Persoalan bagaimana mengurus kemenangan.....ini soal lain. Ini sekali lagi adalah tarbiyyah praktikal oleh Allah swt untuk mengajar pejuang Islam bahawa banyak lagi tektik dan teknik yang mesti dipelajari oleh mereka untuk survive. Sebab itu tok guru selalu kata....untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya sebenarnya mudah....tetapi untuk mengisi kemenanganlah yang paling payah!

Maknanya kita semua mesti bersiap sedia dan menyediakan generasi kita untuk memimpin dunia. Kan sofistikated tu perjuangan ini. Tak boleh lah kita nak cerita semua sekali benda-benda macam ni....ianya difahami oleh ahli-ahli Pas.

Tengok Taliban.

Sekali lagi saya tidak perkecilkan usaha mereka. Tetapi kemana mereka sekarang? Berapa ramai yang berani bersama-sama mereka mempertahankan hak mereka dulu. Sekarang ni mereka berjuang cara gerila. Ini yang sdr katakan berjaya?

Saya tidak melihatnya sebagai 'berjaya' dalam konteks kesan terhadap dunia Islam. Walaupun saya yakin mereka yang gugur dikalangan mereka adalah syuhada. Adakah kita di sini boleh bergerak sama dengan cara mereka di Afghanistan. Saya mungkin memilih untuk bergerak secara 'silmi' seperti yang saya hurai di atas tadi. Sebahagian besar umat Melayu boleh menerima cara 'silmi' ini. Inilah realitinya. Namun sekali lagi saya cukup menghormati pengorbanan mereka semua.

PERENGGAN 2

Yahudi tak takut Parti Islam....
Mungkin betul. Tapi kita perlu faham bahawa parti Islam ini adalah wasilah sahaja, alat sahaja untuk mencapai maksud. Disini kita belajar segala-galanya. Belajar berurusan dengan orang, belajar mengurus jamaah, belajar mendidik bangsa, belajar membangun diri masing-masing dan termasuk belajar bagaimana menghadapi umat Islam yang tidak faham Islam, umat Islam yang menentang sistem Islam dan macam-macam lagi......(macam-macam ada).

Setiap hari kita baiki diri kita sebagai parti Islam sehinggalah kita ada pada tahap kita sekarang ni sekurang-kurangnya lebih baik daripada sebelum ini. Inggeris dan Yahudi redha kat kita? Saya fikir mereka sebenarnya 'serba salah'. Sistem demokrasi yang dikatakan mereka cipta itu telah 'makan tuan'. Parti Islam boleh berjaya melalui jalan itu.....kalau mereka buka 'demokrasi' yang mereka laungkan itu.

Kenapa agaknya Inggeris tak bunuh parti Islam sejak dulu lagi....sebabnya ialah kebijaksanaan ulamak kita dulu yang mendaftarkannya atas nama parti politik. Inggeris tak boleh buat apa-apa sebab pendaftarannya ini adalah mengikut procedure yang digariskan oleh Inggeris pada waktu itu untuk semua parti politik. Lainlah kalau Pas dulu (nama lain) bergerak macam Arqam buat hari tu.....sure kena tutup kedai punya!!!

Bukan semua yang datang daripada Inggeris atau Yahudi tu kita tak boleh guna......pun banyak contoh yang boleh dibawak. Tapi kita olahnya sehingga memberi advantage kepada kita. Contoh dalam zaman ini ialah 'komputer & internet' yang kita tengah guna ni. Siapa yang rekacipta.

PERENGGAN 3

Inggeris hanya takut pada Taliban, Mujahiden Chenchen, Usamah Laden. Masalahnya majoriti orang Islam pun takutkan mereka! Sekali lagi saya nak sebutkan bahawa saya cukup menghormati pengorbanan mereka tetapi itu realiti dan jalan yang mereka pilih. Cara yang dipilih oleh Pas adalah sebagaimana yang saya cerita tadi.

Memang mereka ni macam singa di siang hari dan menangis di malam hari. Adakah macam singa itu hanya berperang di medan? Bersungguh-sungguh, berjihad dalam pelbagai aspek untuk bangunkan jamaah dan perjuangan, bersiap sedia untuk bertempur dalam pilihanraya juga memerlukan semangat singa tadi. Dan semangat juang dalam penyertaan demokrasi juga menjadikan para pimpinan dan pejuang tersembam kebumi mengadu dengan esak tangis.

Tengok mainan media yang memperlekehkan perjuangan dan membuat dakwaan-dakwaan palsu. Kita yang bukan ahli pun marah dan sakit hati. Bagaimana dengan pendokong Pas? Mereka lebih tersiksa lagi.... tapi itulah tarbiyyah yang mesti mereka lalui. Saya kata tadi mereka juga tidak kurang ditekan, dinafikan hak, ditangkap, dipenjara dan ada yang gugur syahid ....walaupun menyertai demokrasi. Saya fikir tidak adil kalau kita katakan pejuang dalam pentas demokrasi tidak mengamalkan sunnah (100% ? ini saya fikir pandangan yang ekstrim).

PERENGGAN 4

Saya sebenarnya sedih dengan dakwaan ini.....solat tahajjud, zikir, bergaduh dengan jiran. Macam saya katakan tadi. Pas bukan jamaah elit. Ia menampung seluruh lapisan umat. Sudah tentulah pelbagai karenah yang kita jumpa. Macam Umat Islam itu sendiri juga. Kata Lim Jooi Soon....'kalau saya tengok perangai orang Islam, saya tak mungkin masuk Islam; tapi mujurlah saya tengok kebenarannya lalu saya masuk Islam'.

Sifat-sifat mazmumah (sifat yang dibenci) ini ada pada semua organisasi. Lebih-lebih lagi ianya lebih dapat dilihat jika ianya adalah badan Islam. Orang boleh terima sifat jahat ini tumbuh dan subur dalam Umno/BN, tapi orang akan nampak 'besar' bila ianya berlaku dalam Pas. Inilah bagusnya.....proses Islah dan pembaikan akan segera berjalan dalam jamaah ini.

Adakah kita hendak tunggu sehingga semua nya sukses dalam Pas baru kita boleh menerimanya? Sebenarnya kitalah agen pembaikan itu. Kita yang mesti berperanan membaikinya.

Saya sendiri....bukan ada apa-apa jawatan dalam Pas.....tapi saya berasa bertanggungjawab mempertahankan Pas. Walaupun saya tahu saya ni bukan baik atau bagus sangat. Ada satu terma yang tok guru ada sebut....'orang yang lakukan kemungkaran wajib cegah kemungkaran'. Apa hikmahnya? Boleh jawab sendiri....

Sebab tu selagi mereka tak melanggar disiplin parti (sudah tentu berdasarkan prinsip Islam) atau ada laporan dibuat terhadapnya....mereka dianggap sebahagian daripada jentera jamaah. Sifat-sifat mazmumah ini adalah sifat yang boleh dibaiki....proses ini akan berjalan...samada sedikit atau banyak bergantung kepada keberkesanan pimpinan diperingkat mereka....cawangan Pas.

Saya tidak mempertahankan mereka....kalau boleh tegur direct...silakan. Sebagaimana Mahfuz dalam debat dengan Annuar Musa dulu....dia kata, Pemuda PAS akan menyertai rombongan Annuar Musa membuat laporan Polis terhadap penyelewengan balak yang dibuat oleh pimpinan Pas Kelantan.

PERENGGAN AKHIR...

Saya pernah hadir dalam satu penggulungan ucapan dasar oleh Tok Guru Hj Hadi.....waktu tu Timbalan Presiden Pas. Ada perwakilan yang bangkitkan masalah ini. Tok Guru kata perjuangan Islam akan dipelihara oleh Allah.......pimpinannya akan ada silih berganti. Mereka yang tidak ikhlas dan menjadi onar dalam perjuangan akan tercicir dalam perjuangan.

Itulah juga keyakinan saya terhadap pemeliharaan Allah terhadap perjuangan Islam.
Terimakasih......Huuhhhh! letih....

From: Mohd Nazri Hussin [mailto:nazri@bankindustri.com.my]
Sent: 02 Jun 2005 15:54
To: safuan@bankindustri.com.my

Janganlah cakap letih. Sekurang-kurangnya safuan dah berdakwah kat saya yang dangkal ilmu ini. Terima kasih atas penerangan yang panjang lebar tu. Sebenarnya banyak lagi persoalan yang bermain difikiran saya. Saya juga banyak bercampur dengan golongan arqam sebab kampung tempat saya tinggal banyak ex-arqam. Ramai juga kawan saya orang Tabliq. Lagi ramai kawan-kawan saya orang PAS. Pada saya semuanya bagus dan baik untuk umat ini. Tapi yang malangnya, kita suka mengkondemkan sesama lain. Itu yang tak bagus. Semuanya gerakan termasuk ABIM, JIM dan lain-lain ada kebaikannya. Bukankah kalau semuanya bersatu hati. Kan lagi baik.

Dari Universiti, sampailah sekarang saya ikut yang mana baik, Tabliq saya ikut, Pas saya ikut, ABIM dan sebagainya. Saya ni tak ada ilmu agama. Jadi cara terbaik ialah ikut aje yang mana baik.

Macammana pun terima kasih dengan penerangan tersebut. Saya takut nak komen banyak-banyak, takut berdosa. Moga Allah ampunkan saya yang daif ilmu ini.

From: Safuan Ibrahim [mailto:safuan@bankindustri.com.my]
To: nazri@bankindustri.com.my


Saya pun bukan ada ilmu.

Saya bermula dengan Tabligh, Arqam dan bercampur dengan orang-orang Pas.

Saya tak pernah kondem mana-mana jamaah. Kalau saya sentuh hanya nak buat perbandingan sahaja. Tabligh dan Arqam banyak mendidik saya. Saya ingat tu.

Bersatu ni sukar....tapi saya yakin Allah akan aturkan nanti. Contoh dizaman moden di Malaysia ini ialah kes Anwar Ibrahim.....telah menyatukan semua badan Islam di negara ini. Mungkin kita kena belajar dan lalui beberapa kes besar lagi.....sebab rasanya kita tak pandai lagi menguruskan peluang bersatu yang Allah dah atur untuk kita hari tu.

Kita perlu tingkatkan keikhlasan dalam perjuangan. Bila kita ikhlas kita akan balik berpegang kepada perkara paling prinsip dalam perjuangan...bukan lagi taksub melulu kepada jamaah dan pimpinan.

Mudah-mudahan Allah memberkati perbincangan ini....amin.

Thursday, November 29, 2007

Artikel Pilihan: Apabila orang tidak berprinsip bercakap tentang politik

Agama Islam yang diwahyukan Allah kepada Muhammad supaya disebarkan ke seluruh alam ini merupakan agama yang paling syumul dan merangkumi didalam semua kontek kehidupan.

Islam tidak dibataskan kepada perkara ibadat sahaja, bahkan Islam merupakan agama yang merangkumi segala cara hidup manusia, samada dari sudut pendidikan, politik, ekonomi, muamalat, munakahat dan sebagainya.

Justeru islam adalah agama yang syumul, sewajibnya penganutnya masuk kedalam Islam secara menyeluruh.

Firman Allah;

Maksudnya;
"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."

(surah al-Baqarah : 208)

Juga Allah melarang manusia mengambil Islam sebahagian dan mengkufuri sebahagian yang lain. Hal ini dinyatakan oleh Allah didalam firmannya;

Maksudnya;
"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat"

(surah al-Baqarah : 85)

Politik merupakan antara perkara yang diajar oleh Islam. Rasulullah SAW merupakan tauladan contoh dalam menentukan kebaikan dalam menuju kejayaan berpolitik.

AQIDAH ADALAH DASAR

Aqidah merupakan dasar utama yang perlu ditanam kepada penganut-penganut Islam. Melihat kepada sirah Rasulullah SAW, dimasa marhalah makkiyyah, Rasulullah SAW mengajak manusia kepada mentauhidkan Allah. Menunjukan kepada kita, aqidah merupakan sesuatu asas yang utama perlu diserapkan kepada jiwa penganut-penganut Islam.

Tugas meresapkan tauhid dan aqidah tidaklah dibataskan kepada diri-diri individu manusia sahaja, bahkan perlunya kepada penyerapan kepada system dan organisasi, agar ianya tidak tersasar dari kehendak Allah.

Walaupun aqidah menjadi dasar, tidak semestinya kita berdakwah dengan mengemukakan aqidah terlebih dahulu, bahkan kadangkala, manusia boleh terpaut dengan Islam dengan penglihatan dan penghayatan mereka kepada keadilan Islam didalam menguruskan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan sebagainya.

Kita mendengar kisah berkenaan tentang kemasukan beberapa individu kepada Islam, ekoran dari melihat akhlak mulia Rasulullah SAW, Saidina Omar dan sebagainya.

Ini menunjukan, tidak semestinya, mengajak manusia itu mesti bermula dengan pintu aqidah, tetapi boleh juga dakwah islam itu dimulakan dengan pintu ekonomi Islam, politik Islam, akhlak Islam dan sebagainya. Lanjutan dari itu, penerapan aqidah perlu di laksanakan kepada individu-individu tersebut agar ia menjadi sebagai muslim yang hakiki.

PERJUANGKAN ISLAM MELALUI SIASAH HIZBIYYAH

Kejatuhan Daulah Othmaniyyah merupakan kejatuhan kuasa Islam didalam berpolitik dan mentadbir alam ini dengan islam.

Pemikiran secular merupakan dalang dalam usaha untuk menjatuhkan kekuatan khilafah Islamiyyah yang terakhir itu.

Bermula dari situ, umat Islam yang berfikir dan berjiwa islam mula melancarkan beberapa tindakan agar Daulah Islamiyyah itu dapat dibina semula.

Ada dari mereka menubuhkan gerakan-gerakan Islam di negara-negara masing-masing, ada meneruskan dengan agenda individunya dan berbagai-bagai lagi.

Kelahiran Jamaat Islami yang berada di Benua India, Ikhwan Muslimin di Semenanjung Tanah Arab, Hizbul Muslimin di Malaysia dan sebagainya, selepas kejatuhan Daulah Islamiyyah ketika itu merupakan perjuangan untuk mengembalikan kekuatan politik islam yang telah rebah.

Kelahiran gerakan-gerakan Islam ini, bukanlah untuk mengaut keuntungan dunia dan pengaruh individu-individu tertentu sahaja, bahkan kelahiran gerakan Islam ini bertujuan untuk mengembalikan semula kekuatan khilafah Islamiyyah yang telah jatuh semenjak dahulu lagi.

PAS adalah salah satu gerakan islam yang muncul bagi berusaha kearah tersebut. Melihat Malaysia adalah sebuah negara yang dipimpin oleh muslim tetapi berfikiran dan bertindak secular, maka PAS telah menubuhkan partinya, bagi berusaha hendak melaksanakan Islam mengikut kadar yang termampu dilaksanakan.

Perlaksanaan hukum-hukum dan undang-undang Islam adalah sesuatu yang telah sabit dengan nas dan telah diijmakkan oleh ulama, maka berusaha kearah perlaksanaannya adalah sesuatu yang wajib.

Berusaha kearah perlaksanaan tersebut tidak dapat direalitikan dinegara ini melainkan dengan menubuh parti dan masuk bertanding dalam pilihanraya, maka PAS telah mengambil cara menubuhkan parti dan masuk kedalam pilihanraya bagi merialisasikan kewajipan tersebut.

Tindakan PAS itu, bukan semata-mata pemikiran dan teori, bahkan tindakan PAS berasaskan kepada kaedah fiqh;


Maksudnya;
"tidak akan sempurna sesuatu kewajipan melainkan dengannya, maka melaksanakannya adalah wajib"

PAS juga bersifat membenci kezaliman dan menjauhkan diri dari bersekongkol dengan kezaliman tersebut. Ini menujukan PAS percaya dengan firman Allah;

Maksudnya
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"

(surah hud : 113)

Maka ekoran dari itu, PAS tidaklah mengajak manusia menuju kepada ketaasuban kepartiannya, tetapi PAS mengajak manusia kepada penghayatan dan perlaksanaan Islam secara menyeluruh, samada dari sudut ibadatnya, muamalatnya, ekonominya dan sebagainya.

PAS amat bergembira sekiranya UMNO menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya. PAS mengangap UMNO sebagai musuh kerana UMNO meneruskan agenda nasionalis kebangsaan melayu yang menyesatkan itu. PAS lawan UMNO, bukanlah kerana UMNOnya, tetapi PAS lawan UMNO kerana UMNO penerus kepada agenda yang menyalahi Islam.

Mursyid Al-'Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nikmat beberapa kali telah mengeluarkan kenyataan, bahawa PAS akan dibubarkan, sekiranya UMNO tukar dasar perjuangannya dari secular nasionalis kepada Islam yang sempurna.

Melihat kepada asas perjuangan PAS ini, maka PAS tidak akan melayan mana-mana fikrah pergerakan yang mendakwa Islam, tetapi hakikatnya, tindakan mereka merugikan Islam dan menguntungkan secular dan perjuangan nasionalis, seperti Ummah Centric dan sebagainya.

SELAGI UMNO DENGAN SEKULAR, SELAGI ITU UMNO DIRAGUI

Diketahui UMNO adalah sebuah parti secular yang memperjuangkan nasionalis melayu, maka kelahiran PAS antara tugasnya adalah hendak membaiki pemikiran manusia yang telah berjaya di sesatkan oleh perjuangan nasionalis kebangsaan Melayu "bermazhab UMNO".

Selagi UMNO tidak menukar dasar perjuangan sekularnya, maka apa perlunya mempercayai dengan kata-kata manis yang ingin memaut perhatian manusia itu.

Firman Allah;

Maksudnya;
"dan di antara manusia ada orang Yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan Engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah Dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa Yang ada Dalam hatinya, padahal ia adalah orang Yang amat keras permusuhannya (kepadamu).*. kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.*. dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah Engkau kepada Allah" timbulah kesombongannya Dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan Demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal"

(Surah Al-Baqarah : 204-206)

Perkataan Islam Hadhari yang diperkatakan oleh Abdullah Ahmad Badawi merupakan tindakan "ada udang disebalik batu", ianya merupakan cara untuk mencari keuntungan politik secular yang menyesatkan.

Setelah dikaji dan diselidiki, sememangnya kehadiran Islam Hadhari itu meragukan dan mengandungi udang disebalik batu.

Antara bukti keraguan yang ada pada Islam Hadhari adalah dari buku "Islam Hadhari dan pembangunan Umat" sebuah buku keluaran Hal Ehwal Khas, Kementeriaan Penerangan Malaysia, karangan Prof Madya Dr Idris Zakaria yang menjelaskan seperti berikut;

"Menjelang pilihanraya umum 2004 yang lalu, kita mendengar satu gagasan politik Negara yang dinamakannya sebagai Islam Hadhari. Gagasan ini telah terbukti yang ia adalah kekuatan. Kerajaan Barisan Nasional dengan UMNO sebagai tulang belakang telah menunjukan prestasi dan kejayaan yang besar dan mengejutkan ramai pemerhati politik dalam dan luar Negara. Negeri terengganu yang dikuasai parti PAS telah dirampas semula dengan kekuatan "Islam Hadhari Terengganu Bestari". UMNO telah memenangi 28 dari 32 kerusi DUN dan 8 kerusi Parlimen. UMNO juga hampir menawan negeri Kelantan dengan menguasai 21 kerusi DUN dan PAS 24. Namun, dilihat secara umum, gagasan Islam Hadhari ini telah berjaya mematahkan kekuatan Pasti PAS"
[1]

Buku ini jelas menbuktikan bahawa Islam hadhari merupakan gagasan untuk mengalahkan PAS didalam pilihanraya, bukan untuk memberi penghayatan dan perlaksanaan Islam.

Begitujuga, Shahidan Kassim yang mula memperkatakan tentang salafi. Apa yang memelikkan, beliau merupakan menteri Besar Perlis yang menang dalam pilihanraya berpartikan Barisan Nasional yang sememangnya berwadahkan secular nasionalis. Apakah perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat itu hendak memenangkan secular?

Setelah dilihat dan diselidiki, ekoran ramai dari rakyat-rakyat perlis mula memperkatakan tentang salafi, maka Shahidan Kassim sudah mula memperkatakan tentang salafi bagi mengekalkan pengaruhnya sebagai Menteri Besar di masa akan datang.

Meletakkan keraguan terhadap UMNO yang sudah mula memperkatakan tentang Islam adalah sesuatu kemestian, ini kerana firman Allah;


Maksudnya;
"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu"

(surah al-Hujurat : 6)

ADAKAH PAS MEMENTINGKAN KERUSI BERBANDING PERLAKSANAAN DAKWAH?

Dalam system pilihanraya demokrasi, mendapat kerusi yang banyak menjanjikan kuasa memerintah, maka PAS berusaha hendak mendapat kerusi agar kuasa memerintah berasaskan kepada Al-Quran dan Hadis dapat dilaksanakan.

Perlu difahami, PAS bukanlah sebuah parti politik semata-mata, bahkan PAS adalah sebuah gerakan Islam yang menjadikan parti sebagai wasilah untuk melaksanakan tugas dakwah.

Dakwah PAS tidak dibataskan kepada dakwah lisan, tetapi dakwah PAS sampai kepada tahap dakwah dengan perbuatan.

Sabda Rasulullah ;

Maksudnya;
"barangsiapa melihat akan kemungkaran, maka hendaklah dia tukarnya dengan tangan, sekiranya tidak mampu, maka dengan lisan (bercakap), sekiranya tidak mampu, maka dengan hatinya (benci kepada mungkar), dan demikian itu adalah selemah-lemah iman"
[2]

Jika ada orang yang mendakwa PAS lebih mementingkan kerusi berbanding tugas dakwah, maka perlu difahamkan kepadanya, bahawa PAS mementingkan kerusi dengan tujuan Islam dapat dihayati dan dilaksanakan, iaitu PAS menjadikan kerusi sebagai cara untuk berdakwah.

SALAHKAH ISU DIJADIKAN SEBAGAI BAHAN DAKWAH?

Isu adalah sesuatu yang sentiasa berlaku. Ada isu yang melibatkan umat, dan ada isu yang melibatkan kepada individu-individu tertentu, tetapi melibatkan juga kepada umat menyeluruh.

Kehadiran Islam, antara tugasnya adalah hendak menyelesaikan permasalahan manusia, lebih-lebih lagi permasalahan itu melibatkan kepada umat keseluruhan.

Jika diperhatikan kepada isu kenaikan harga minyak, sudah memadai untuk menjawab persoalan monopoli gula yang berlaku di negara ini.

Semuanya berpunca apabila manusia lebih mengutamakan system ekonomi yang berteraskan kapitalis berbanding islam.

Isu tsunami dan gempa bumi yang menimpa Indonesia juga sudah memadai diperhatikan apabila manusia di sana masih mengamalkan budaya liberalisma dan pluralisma dalam beragama berbanding mengambil Islam sebagai cara hidup yang sempurna.

Firman Allah;

Maksudnya;
"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi"

(surah ar-rum : 41)

Mengambil tahu isu yang berlaku, lalu dikaitkan penyelesaiannya berlandaskan Islam merupakan tindakan yang dapat mengaut keuntungan dalam melaksanakan tugas dakwah.

Kita mengetahui kisah kekalahan tentera rum ketika berperang dengan farsi yang beragama majusi. Ekoran Al-Quran adalah Hakim iaitu bijaksana, maka Al-Quran merakamkan bahawa kekalahan rum yang dibanggakan oleh golongan quraish, bahawa rom akan menerima kemenangan tidak lama kemudian dari itu. Hal itu benar-benar terjadi. Beberapa tahun kemudian, apa yang dinyatakan oleh Al-Quran itu benar-benar terjadi, maka dengan itu dapat menjawab bahawa benarnya kenabian Muhammad SAW.

Firman Allah;

Maksudnya;
"Telah dikalahkan bangsa Rumawi * di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang * dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman"

(surah Ar-Rum : 2-4)

Dari ayat Al-Quran ini menggambarkan bacaan politik wahyu ilahi terhadap sesuatu isu yang berlaku, lalu penjelasan dari Allah terhadap isu itu telah menarik perhatian manusia yang menyebabkan mereka terpaksa akur dengan kebenaran nabi SAW.

"BERSIH" PLATFOM DAKWAH YANG BAIK

Dahulu PAS berjaya mengaut keuntungan dalam pilihanraya dikala kezaliman yang dilakukan oleh UMNO terhadap seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang bernama Anuar Ibrahim.

Keuntungan tersebut, PAS berjaya mengekalkan kemenangannya di Kelantan dan dapat mengambil Terengganu untuk diperintah berasaskan kepada Islam.

Didalam pemerintahan di dua buah negeri tersebut, banyak keuntungan dakwah dapat didedahkan kepada masyarakat, samada kepada muslim atau non muslim.

Manusia dahulunya tidak mengerti dan mengetahui akan undang-undang hudud, qisas, ta'zir, kharaj dan sebagainya, sekarang mereka sudah memahaminya setelah kemenangan PAS di dua negeri tersebut.

Golongan non muslim yang dahulunya memandang benci kepada Islam, tetapi sekarang menjadi golongan yang sudah memahami keindangan Islam dan sudah mahu membantu kemenangan PAS didalam pilihanraya lepas.

Ini menunjukan bahawa, kemenangan yang PAS kaut hasil dari isu Anuar Ibrahim merupakan salah satu cara PAS menyampai dakwahnya kepada manusia.

Kini, himpunan BERSIH, gabungan beberapa parti politik, disamping beberapa badan NGO-NGO islam dan tidak Islam telah berjaya di lakukan. Himpunan yang mengeluarkan lebih 100, 000 orang rakyat MALAYSIA itu telah menggegarkan pihak pemerintah yang mementingkan perut dan dibawah perut mereka.

Apa yang memelikkan, bukan sekadar pemerintah yang berkepentingan yang merasa bimbang, bahkan mereka yang berada "dicelah ketiak" pemerintah juga merasa bimbang sehingga mereka melakukan berbagai-bagai tindakan, samada menulis article, berceramah, berforum dan sebagainya, semuanya adalah bertujuan meragukan disamping melemahkan semangat pejuang-pejuang islam yang mahukan kepada keadilan.

Mereka menimbulkan isu pergabungan antara golongan islam dengan golongan anti Islam dalam menyusun satu strategi untuk mendesak kerajaan supaya melakukan keadilan terhadap rakyat jelata ini sebagai sesuatu perbuatan yang tidak syarii dengan pelbagai ulasan dan hujjah.

Apa yang lebih pelik, penimbul-penimbul keraguan ini adalah mereka yang mendakwa bahawa mereka adalah golongan yang membaca Al-Quran dan As-Sunnah, tetapi kenyataan mereka itu seakan-akan tergambar seperti mereka adalah golongan yang tidak membaca Al-Quran disamping hadis yang dibaca tanpa dihayati dengan syarahnya yang sebenar.

GENG ANTI ISLAM YANG DIDOKTRIN BENCIKAN ISLAM

Manusia yang membenci Islam ini terdiri dari beberapa jenis manusia. Ada sebilangan mereka membenci Islam disebabkan mereka memang sudah memahami islam, tetapi disebalik kebencian dan kedengkian mereka terhadap Islam menyebabkan mereka membenci Islam.

Inilah kesesatan dan kekufuran yang dilakukan oleh Bani Israil yang dikutuk oleh Allah SWT dalam Al-Quran.

Firman Allah;

Maksudnya;
"banyak di antara ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki Yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w)"

(Surah Al-Baqarah : 109)

Begitujuga, wujud dikalangan manusia yang membenci Islam disebabkan kelemahan pendakwah-pendakwah dalam memahamkan mereka tentang islam.

Yang lebih teruk dari itu adalah, permusuhan manusia terhadap islam adalah berpunca dari pendakwa-pendakwa Islam sendiri telah mendoktrinkan pengamalan Islam sebagai agama yang buruk, sedangkan islam adalah sesuatu yang sebaliknya.

Semua bentuk-bentuk manusia ini sebenarnya berlaku di Negara ini. Tetapi, yang paling ketara dalam melakukan tindakan memburukan gambaran pengamalan islam adalah dari mereka-mereka yang memerintah. Akhirnya, lahirlah ramai dari kalangan manusia yang anti kepada Islam.

Dalam keadaan inilah, pendakwah perlu berfikir cara yang terbaik bagi menjalinkan hubungan dengan kelompok anti islam ini. Semuanya adalah bertujuan untuk memudahkan saluran dalam menyampaikan mesej Islam kepada mereka.

Ada sebilangan mereka, menggunakan isu "bin Abdullah" sebagai cara untuk menjalinkan hubungan ini. Begitujuga isu "salam" kepada "non Muslim" dan sebagainya, walaupun kadangkala pandangan itu dipertikaikan kesahihan penghujahan dalil.

Ada sebilangan yang lain pula, mereka menggunakan cara menyelinap masuk kedalam program-program anjuran mereka yang anti islam dengan harapan dapat bersuara dalam menyampaikan mesej islam.

Apa yang dapat dilihat dengan sebenar, dengan mencari "titik pertemuan" dan "titik kesamaan" juga merupakan salah satu cara yang terbaik untuk merapatkan hubungan dengan non muslim dalam usaha hendak menyampaikan mesej Islam kepada mereka.

Firman Allah;

Maksudnya;
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah Yang bersamaan (titik persamaan) antara Kami Dengan kamu"

(Surah Al-Imran : 64)

Dan sesungguhnya, dengan tindakan sebegini sebenarnya tidak menjadi satu kesalahan dalam islam, kerana ianya merupakan keizinan dari Allah yang telah dirakamkan oleh Allah dalam firmannya;

Maksudnya;
"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil."

(surah al-mumtahinah : 8)

Inilah perjuangan Islam yang berasaskan kepada Sunnah yang perlu didalami oleh semua manusia muslim yang mendakwa sebagai pendakwah, samada mereka berjawatan dalam jabatan agama atau tidak.

DEMONSTRASI DILIHAT SEPERTI KHAWARIJ

Demonstrasi jalanan telah dilebelkan sebagai amalan khawarij. Ekoran dari itu, setiap yang berdemonstrasi jalanan dianggap sebagai khawarij.

Alangkah dangkalnya ilmu kiasan yang digunakan oleh si pengkias. Ini adalah kerana, lebel khawarij ini timbul dari kalangan mereka yang keluar dari ketaatan terhadap kepimpinan yang sudah islam.

Apa yang berlaku sekarang adalah, Malaysia sebuah Negara demokrasi yang tidak pernah menjadikan islam sebagai dasar pemerintahan. Sistem pemerintahan berkiblatkan pemikiran barat british, yang telah diasaskan oleh Lord Red telah menjadi sumber rujukan hukum.

Dengan keadaan inilah, sudah cukup untuk menilai, golongan yang keluar dari ketaatan pemerintahan Malaysia tidak layak digelar sebagai khawarij, bahkan mereka yang menjadi barua kepada pemerintahan ini selayaknya digelar sebagai muktazilah moden.

Ada yang mengatakan, PAS menggunakan pendekatan yang tidak Sunnah disebabkan mengkritik pemimpin Negara dengan cara demonstrasi dan sebagainya. mereka menggunakan dalil Al-Quran, iaitu firman Allah;

Maksudnya;
"Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas Dalam kekufurannya. * Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut"

(Surah Taha : 43-44)

Apakah mereka tidak membaca firman Allah;

Maksudnya;
"dan janganlah kamu berbahas Dengan ahli Kitab melainkan Dengan cara Yang lebih baik, kecuali orang-orang Yang berlaku zalim di antara mereka"

(Surah Al-Ankabut : 46)

Imam fakhru razi menyatakan, dibenarkan berdebat dengan ahli kitab dengan kekerasan, ianya adalah jika berlaku kezaliman yang dilakukan oleh mereka. ini kerana, menurut Imam Fakhrurazi, maksud dengan


Maksudnya;
"dengan cara yang lebih baik"

adalah

Maksudnya;
"dengan cara yang kasar
[3]"

Dalam firman Allah ini, Allah menggambarkan tentang larangan agar tidak berbahas dan berdebat dengan Ahli Kitab. Pun begitu, sekiranya mereka berkeras dengan kezaliman, iaitu menyelewengkan kandungan kitab, maka selayaknya dilakukan serangan yang lebih keras terhadap mereka, yang antaranya adalah demonstrasi jalanan.

RELEVANKAH DEMONSTRASI

Memang demonstrasi pada asalnya, adalah sesuatu yang tidak relevan. Pun begitu, dalam keadaan tertentu, ianya sudah dikira sebagai sesuatu yang relevan.

Kezaliman yang telah dilakukan oleh BN pimpinan UMNO merupakan sesuatu yang relevan untuk diadakan demonstrasi jalanan. Ini adalah kerana, penipuan dalam pilihanraya sudah terlalu nyata dilakukan oleh pihak memerintah. Semuanya adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan politik keduniaan.

Demonstarsi jalanan anjuran BERSIH mungkin tidak berlaku, sekiranya segala tuntutan-tuntutan dimakbulkan oleh amir-amir politik pemerintah. tetapi, disebabkan bimbang dengan kejayaan pihak pembangkang menguasai tapuk pemerintahan, maka mereka tetap berkeras dengan pendirian agar tidak menerima tuntutan yang dipohon oleh Bersih.

Apa yang pasti, segala tuntutan-tuntutan itu merupakan alat untuk menafikan penipuan yang selama ini dilakukan oleh amir politik. Sekiranya tuntutan itu dimakbulkan, nescaya dalam dua kali pilihanraya, atau satu pilihanraya sahaja sudah cukup untuk membuktikan siapakah pihak yang benar dalam skop dakwah dan pemerintahan.

PENUTUP

Dari segala ulasan ini, jelas kepada kita bahawa tidak selayaknya kita mengatakan PAS telah menggadaikan prinsipnya demi mendapat keuntungan politik. Bahkan tindakan PAS itu merupakan tindakan berprinsip disamping mempunyai kekuatan politik yang matang dalam menghadapi situasi politik yang berlaku kini.

Juak-juak pihak pemerintah tidak perlu bimbang dengan menulis berbagai-bagai article bagi mengkritik perjuangan rakyat dengan mengatakan perjuangan itu sebagai amalan yang tidak sunnah. Tetapi, selayaknya mereka merenung reality yang sudah berlaku, dan sepatutnya mereka lebih memerhatikan apa yang akan berlaku dibawah kepimpinan lembik dari segi strategi disamping mengadaikan Islam sebagai agama yang memerintah.

Mudah-mudahan kita semua terselamat dari fitnah secular anjuran kerajaan Barisan nasional pimpinan UMNO... AMIN !!!!

Sekian

Wallahu 'Alam

Al-Bakistani
http://al-bakistani.blogspot.com
abu_abdillah_azzam@yahoo.com

HAJI IBRAHIM Bin Hj Mamat


Alhamdulillah, semalam saya bagi pihak adik-adik dan Mak Chik telah pun menyempurnakan akad bagi urusan Badal Haji arwah ayah.

Urusan ini kami lakukan melalui perkhidmatan Addeen Travel & Tours yang dipimpin oleh Tuan Hj Wan Azman Wan Abdullah.

Kami benar-benar bersyukur kerana dapat menunaikan tanggungjawab tersebut. Mudah-mudahan Allah swt mengurniakan pahala haji yang mabrur ke atas rohnya.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Tuesday, November 27, 2007

Pesan Ayah


Semalam saya pulang ke Jasin untuk menunaikan sebahagian pesan ayah lama dulu supaya mengembalikan tanah berkenaan yang ditulis sebagai namanya kepada kakak dan adiknya. Walaupun pesan tersebut nampak ringkas tetapi untuk menunaikannya bukan sesuatu yang mudah. Prosesnya cukup panjang, seingat saya ianya bermula daripada saya mula menamatkan persekolahan lagi di sekitar tahun 1985.

Saya masih ingat bagaimana saya turun naik pejabat tanah. Tidak cukup dengan pejabat tanah di Jasin saya menyusuli fail berkenaan sehinggalah ke Pejabat Tanah Melaka Tengah. Entah berapa kali. Dalam keadaan saya tidak mempunyai kenderaan sendiri dan bekerja pula di KL menjadikan tugasan ini begitu sulit dan melelahkan. Saya pula bukan juga dari jenis yang suka minta tolong atau menumpang sesiapa. Orang yang biasa dengan Bandar Jasin dan Melaka akan tahulah bagaimana saya berjalan kaki dari kampung ke Pejabat Tanah Jasin atau ke Majlis Daerah Jasin, turun naik bas ke Bandar Melaka mencari jalan keluar terhadap masalah tanah ini yang sebahagian besarnya kabur dan asing bagi saya. Istilah-istilah yang digunakan oleh pegawai dan kerani pejabat tanah cukup mengelirukan bagi saya. Itu tidak dicampur lagi dengan borang-borang yang memeningkan kepala. Semua ini menjadikan kes ini seperti berulang-ulang di tempat yang sama untuk beberapa tahun!

Diluar sana pula, sampai ke telinga saya pelbagai andaian dan sesekali tohmah terhadap saya. Bila lagi tanah kami nak diserahkan oleh Safuan! Seperti meletakkan ‘kesalahan’ kepada saya tanpa mengetahui punca dan sejarah kemelut ini. Saya cukup tertekan dengan suasana ini. Tetapi saya bukanlah jenis orang yang suka timbulkan pertentangan. Saya mengambil sikap berdiam diri sahaja. Bagi saya untuk apa saya menjawab atau berdebat kerana sudah pasti ianya tidak akan ada kesudahannya selagi ‘tugasan’ saya tidak disempurnakan. Biarlah apa yang hendak dikata.

Dan alhamdulillah selepas segala ‘semak samun’ , ‘hutan belukar’ habis di ‘tebang’, akhirnya pada hari semalam pemindahan milik tanah berjalan dengan begitu lancar dan selesa. Memang seronok berjalan di jalan yang telah diratakan.

Apa pun penghargaan kepada semua adik-adik saya Suriya, Sahrul, Sahril, Sabarudin dan Mak Chik saya yang dengan sukacita dan rela melepaskan tanah yang telah termaktub nama-nama mereka di gerannya untuk diserahkan kepada orang lain walaupun tidak ada apa-apa surat hitam putih mengenainya.

‘Appreciate’ saya juga kepada Kak Ipot yang berterusan memberikan sokongan dan pandangan. Tidak lupa juga kepada sahabat saya Ab Rahhim yang telah ‘membuka’ penemuan-penemuan baru sehingga menjadikan kemelut ini mula dirungkai dengan lebih tersusun.

Ya. Walaupun masih ada sebahagian lagi pesan ayah yang belum ditunaikan, tetapi hari semalam merupakan titik permulaan yang begitu bermakna dalam hidup saya. Saya tidak kisah kalau oranglain tidak ‘appreciate’ usaha saya dan adik-adik ini, tetapi saya fikir kami puas kerana satu daripada pesan ayah berjaya kami tunaikan.

Al Fatihah untuk ayah.

Friday, November 23, 2007

Demokrasi atau Demo Crazy?


Kalaulah demokrasi berjaya dipulihkan di Malaysia saya pasti ianya adalah ‘sayonara’ buat BN.

Cuba bayangkan parti-parti pembangkang seperti Pas tetap mampu menang disaat demokrasi pincang. Media dikuasai penuh oleh BN. Agensi-agensi kerajaan di manupulasi semahunya oleh mereka.

Media cetak umpamanya bermula daripada Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, NST, The Star, The Sun adalah antara media cetak harian yang berhempas pulas menegakkan benang basah BN. Itu belum dicampur lagi dengan pelbagai media picisan seperti Sinar, mingguan itu dan ini. Bagaimana pula dengan akhbar berbahasa Cina dan India. Yang semuanya berperanan sebagai alat BN. Jika dicampur tidak kurang 10 jenis akhbar harian yang mendokong BN setiap hari. Manakala jumlahnya lebih besar jika dicampur yang terbit secara berkala.

Mari kita pula kita lihat apa yang dibenarkan untuk parti lawan BN. Pas yang dikira sebuah parti paling kuat dan paling lama dalam menghadapi BN hanya dibenarkan dengan satu permit akhbar. Itu pun hanya 2 keluaran untuk sebulan! Sudahlah tu, edarannya hanya boleh dibuat secara ‘legal’ kepada ahli-ahli sahaja. Menjadi kesalahan pulak kalau dijual dikhalayak umum. Macam nak jual dadah!

Permohonan parti itu untuk mengeluarkan akhbar harian Purnama tidak dilayan sehingga hari ini.

Mari kita tinjau pulak kemudahan media elektronik yang menjadi alat BN. TV1, TV2, TV3, TV7, TV8, TV9. Siaran Radio pulak. Tak terkira, bermula dengan siaran Radio Klasik Nasional sehinggalah ke siaran radio wilayah dan negeri-negeri. Usahkan permohonan melalui kapasiti sebuah parti, permohonan melalui sebuah kerajaan negeri seperti Kelantan yang dikuasai oleh Pas pun tidak dibenarkan untuk sebuah saluran radio.

Kalau begitulah keadaannya, apakah yang boleh kita katakan terhadap demokrasi di Malaysia. Saya masih ingat dalam satu ucapan Dr Siddiq Fadhil sewaktu beliau memimpin ABIM. Katanya orang Kelantan menggelarkan demokrasi ini sebagai demo crazy!

Bagaimanapun dalam keadaan padang yang tidak sama rata, penipuan yang berleluasa dalam pilihanraya, parti-parti pembangkang khususnya Pas mampu jugak menang dan meraih undi yang agak memberangsangkan.

Saya yakin seyakinnya! Sekiranya demokrasi berjaya dipulihkan rakyat akan mendapat maklumat yang cukup untuk mereka memilih. Mereka akan bebas membuat pilihan. Dan sudah pasti ucapan paling afdal buat BN ketika itu ialah ‘sayonara’.

Syabas BERSIH atas usaha kalian.

Wednesday, November 21, 2007

Usrah Muslimat di rumah saya petang ini bincang Hadis ke-18 Imam Nawawi

Maksudnya:
Daripada Abu Dzar Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu’az bin Jabal radhiallahu anhuma, berkata, sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:
“Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Dan ikutilah kejahatan yang telah kamu lakukan dengan kebaikan nescaya menghapuskannya. Dan bergaullah dengan manusia dengan perangai yang baik.
(Riwayat Tirmizi )

1.BERTAQWA KEPADA ALLAH DI MANA SAHAJA BERADA
Taqwa berasal daripada perkataan wiqayah yang bererti benteng. Pada syarak, ia membawa erti melaksanakan yang wajib dan meninggalkan segala larangan. Ulama salaf mendefinisikan taqwa sebagai taatkan Allah tidak mendurhakaiNya; mengingatiNya tidak melupaiNya, dan mensyukuriNya tidak kufur kepadaNya.

Tuntutan agar bertaqwa itu hendaklah dilaksanakan di mana sahaja kita berada, tidak kira sama ada berseorangan mahupun ramai.

Fadhilat bertaqwa banyak disebut dalam al Qur’an. Antaranya ialah ; dapat membebaskan diri dari neraka, menempatkannya dalam syurga, membaiki amal serta menghapuskan dosa, untuk mencapai kemenangan dan kejayaan, untuk mendapat perlindungan daripada musuh, dan untuk melepaskan diri dari kepayahan serta mendapat rezeki yang halal. Contoh yang terkenal ialah dalam firman Allah yang bermaksud; “Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah , nescaya Allah menjadikan baginya satu jalan keluar, dan memberinya rezeki daripada arah yang tidak disangka-sangka.” (Surah at Talaq: ayat 2-3)

2.IKUTILAH KEJAHATAN DENGAN KEBAIKAN
Manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan, ialah yang menyesali perbuatannya sebagaimana sabda nabi yang bermaksud : “Manusia itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah yang bertaubat”. Kata Imam Nawawi dalam kitab yang lain, Taubat daripada dosa itu wajib. Taubat itu sendiri sebahagian daripada kebaikan. Maka, kebaikan taubat itu boleh menghapuskan kejahatan dosa kita yang lalu.

Adapun kejahatan yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah dosa-dosa kecil , dam kebaikan yang dikatakan dapat menghapuskannya ialah seperti berwudhu’, solat, dan lain-lain amal kebaikan yang disukai agama. Ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya segala kebaikan dapat menghapuskan segala kejahatan”.(surah Hud:ayat 114).

3.BERGAULLAH DENGAN MANUSIA DENGAN PERANGAI YANG BAIK
Selepas berbicara tentang taqwa dan amal kebaikan, Rasulullah menyebut tentang perangai yang baik. Ini kerana perangai yang baik merupakan pelengkap kepada kesempurnaan taqwa seseorang. Seseorang yang bertaqwa kepada Allah hendaklah menjaga hubungannya dengan manusia. Menjaga hubungan dengan manusia pula tidak dapat disempurnakan melainkan dengan berakhlak mulia, bersopan santun, dan berkasih sayang sesama manusia.
Nabi sallallahu alaihi wasallam pernah bersabda: “Hanyasanya aku diutuskan untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak.”

4.PETUNJUK HADIS
Hadis ini mengandungi tiga hukum iaitu:
i)Hak Allah: bertaqwa kepadaNya
ii)Hak Mukallaf: menghapuskan dosa yang telah dilakukan
iii)Hak Hamba: menjaga hubungan sesama manusia dengan berakhlak mulia.
Maka, orang yang benar-benar bertaqwa ialah orang yang menjaga kesemua tuntutan ini.

Basikal dan nawaitu


SAYA berjinak dengan ‘agama’ ini bermula dengan niat yang begitu sederhana. Saya masih ingat pada waktu itu rakan-rakan di kampung seperti dihantui oleh minat mengubahsuai basikal. Basikal-basikal akan di ‘togel’ kan dan di cat dengan warna kuning. Aksesori tertentu digunakan sehingga basikal ini persis sebuah motorsikal ‘scrambler’.

Manakala golongan lebih dewasa pula pada waktu itu memang ‘gila’ motorsikal. Sekelompok dengan motorsikal kapcai (kata arwah Pak Uda Md Diah – motor plastik) mereka manakala sekelompok lagi memang bergaya dengan motorsikal ‘scrambler’. Motorsikal-motorsikal ini diubahsuai dengan tambahan pelbagai aksesori tambahan dan warna yang dikira ‘sporty’.

Tetapi saya walaupun dikira dalam keluarga yang agak ‘senang’ namun tidak mempunyai basikal. Saya masih ingat bila pulang sekolah, saya selalu meminjam basikal tua Pak Cik Jalil (biras ayah saya). Basikal ni cukup besar dan saya akan naik secara ‘mencelah’ kerana ‘body’ basikal yang besar dan tinggi.

Sehinggalah budak-budak kampung mengaturkan satu ekspedisi yang saya kira cukup menarik iaitulah berbasikal ke Port Dickson. Satu pengembaraan yang cukup jauh dengan berbasikal beramai-ramai. Saya kira melibatkan di sekitar 20 peserta basikal kuning! Tetapi saya tidak dapat turut serta kerana saya tidak mempunyai basikal.

Kesan daripada peristiwa itu saya fikir membawa ke satu titik penting yang telah menjadi asas merubah hidup saya bila tak semena-mena ayah saya berbincang dengan Wan saya untuk membelikan saya sebuah basikal. Saya katakan begitu kerana telah lama bermain dalam fikiran saya bahawa kalaulah saya ada basikal saya akan gunakannya untuk kayuhan ke masjid.

Bagaimana pula minat untuk ke masjid ini muncul dalam diri saya. Sebenarnya ianya bermula dengan ‘pendedahan’ mengenai masjid (seingat saya istilah surau hampir tidak di sebut di kampung saya kerana kami hanya ada masjid. Masjid lama dan masjid baru) oleh kawan sekolah saya Karim Mohamad (sekarang seorang guru). Beliau ini selalu menyebut-nyebut mengenai masjid dan ceramah agama.

Tanpa saya sedari, saya mula memasang niat tertentu mengenai masjid. Inilah asas permulaannya.

Selepas kata putus di capai (kerana saya turut ada di waktu Wan dan ayah membincangkan mengenai urusan beli basikal untuk saya), saya dan ayah terus ke Pekan Jasin. Masih terbayang betapa gembira dan bangganya saya bila ayah bersetuju membelikan sebuah basikal model terbaru! Sebuah basikal ‘Raleigh BMX’ siri terbaru lengkap dengan ‘gear’ tangan seperti Skuter Vespa.

Maka bermulalah kayuhan saya ke masjid baru (masjid lama yang lebih hampir pada waktu itu tidak digunakan lagi oleh orang-orang kampung. Masjid itu hanya digunakan untuk solat jenazah sahaja).
Dengan basikal ini juga saya turut menyertai eskpedisi kedua budak-budak kampung. Kali ini berbasikal ke Sagil, Tangkak, Johor DT. Sagil adalah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang cukup popular pada waktu itu. Di sekitar 20 peserta juga yang turut terlibat menjayakan ekspedisi ini.

Basikal benar-benar mengingatkan saya asal-usul nawaitu kehidupan beragama saya….terimakasih Wan dan ayah!

Tuesday, November 20, 2007

'Effect' lagu dalam hidup saya


Pagi tadi waktu menunggang motorsikal ke tempat kerja saya mengelamun sambil menyanyikan sebuah lagu lama. Saya pun tidak pasti bagaimana lagu tersebut tiba-tiba terpacul keluar dari mulut saya. Ianya sebuah lagu yang cukup lama dan saya fikir lebih tua usianya dengan saya.

“Angin menderu…..dahan jatuh….menimpa batu…., kuburannn….sayang di sayang…” Itulah antaralain bait-baitnya. Tak semena-mena saya cukup syahdu mengulang beberapa rangkapnya yang masih dalam ingatan.

Memang lagu ini sebenarnya menggamit nostalgia silam saya. Sewaktu saya berusia di sekitar 7 tahun saya pernah menyanyikan lagu ini. Entah dari mana saya mendengarnya sehingga saya menghafal rentak dan beberapa rangkapnya.

“Jangan nyanyikan lah….” Kata Mak saya bila dia dengar saya mengulang-ulang rangkap-rangkapnya. Mak seperti tidak begitu selesa mendengarkan nyanyian saya. Saya tidak pasti apakah sebabnya.

Tetapi itulah patah-patah perkataan yang masih terngiang-ngiang di telinga saya yang sukar saya lupakan. Suara Mak. Selepas lebih 30 tahun Mak meninggal dunia, hanya itulah ‘bekalan’ suara yang masih saya cam. Selebihnya saya telah lupa rentak dan gaya Mak berkata-kata.

Sebenarnya lagu-lagu punyai ‘effect’ sejarahnya yang tersendiri dalam hidup saya. Umpamanya lagu yang dipopularkan oleh Biduan Dahlan Zainudin (Dari sebuah desa…berbekal gitar tua…datang ke ibu kota….dengan penuh harapan…) , saya tidak pasti tajuknya tetapi lagu itu bila diputarkan semula di corong-corong radio segera membawa saya berada di serambi rumah Wan Semerbok saya (rumah nenek saya di Negeri Sembilan). Suasananya ialah pemandangan kosong mengenangkan Mak yang baru sahaja meninggalkan kami.

Sebuah lagu yang dipopularkan pula oleh Biduanita Uji Rashid umpamanya juga menggamit kenangan duka saya. “Setelah kau pergi, hati ku gelisah….tiada tempatku bermanja…”

Pada waktu itu ayah bercadang untuk membawa Mak berubat di KL (sebetulnya saya pun tak sedar yang Mak sebenarnya sakit. Hanya bila saya turut ke KL kerana cuti sekolah dan Mak masih berubat saya nampak yang Mak seperti lelah). Beberapa hari sebelum mereka berangkat ke KL, adik saya Suriya menyanyikan lagu ini. Mak pada waktu itu seperti tidak menghiraukan nyanyian Suriya.

Tetapi selepas Mak meninggal dunia, Cik Milah (sepupu ayah) ada bercerita yang mengatakan Mak ada singgah ke rumahnya sebelum ke KL dan menangis kerana beliau sedih mendengarkan nyanyian Suriya. Rupanya Mak begitu tersentuh dengan nyanyian Suriya itu. Dan memang Mak berangkat ke KL terus tidak lagi pulang ke rumah kami di Jasin. Bila sakitnya makin berat, beliau di bawa pulang ke kampungnya di Semerbok, NS dan Mak akhirnya meninggal dunia di sana.

Ya…ada banyak lagi ‘effect’ lagu dalam sejarah hidup saya. Saya membacanya dari sudut dan dimensi yang positif. Ianya menyerap keinsafan dalam hidup saya.

InsyaAllah bersambung...

Artikel pilihan : Bukan soal restu Agong tapi perubahan perjalanan pilihan raya


Oleh: Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Teras

Teras mengesa agar pihak berkuasa tidak terlalu mempersoalkan sama ada Yang di-Pertuan Agong merestui atau tidak perhimpunan Bersih, kerana yang lebih penting,apakah aduan rakyat supaya diadakan perubahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan proses perjalanan pilihan raya dipertimbangkan oleh baginda.Untuk terus mempersoalkan perhimpunan itu haram atau tidak, bukanlah perkara pokok.

Rakyat telah turun untuk menyatakan sikap dan merayu agar beberapa perubahan dilakukan untuk mengujudkan pilihanraya yang adil dan bersih.Maka inilah yang seharusnya diberi tumpuan. Teras berpendapat bahawa pilihan raya terlalu mahal untuk dilaksanakan secara pincang kerana ia melibatkan soal masa depan negara. Apakah nasib yang akan dihadapi oleh rakyat itu boleh dijamin dengan bersikap tidak peduli kepada proses pilihan raya yang dicemari oleh penipuan dan salah guna kuasa?

Oleh yang demikian adalah lebih utama tumpuan diberi kepada bagaimana tuntutan rakyat itu perlu dipertimbangkan dan bukan kepada soal perhimpunan. Pendirian rakyat itu perlu benar-benar diberi perhatian yang serius kerana pilihan raya yang akan datang boleh dianggap tidak bermakna ketika mana penyelewengan dibiarkan berlaku. Teras mengesa agar hak rakyat untuk mengadu kepada Yang di-Pertuan Agong tidak dipersoal.

SPR dilantik oleh baginda, maka ketika rakyat melihat adanya kepincangan maka adalah sangat wajar untuk rakyat mengadu kepada Seri Paduka. Soalnya, hasrat yang hendak ditunjukkan oleh rakyat bukanlah suatu pemberontakan tetapi adalah sikap peduli dan bertangungjawab rakyat terhadap politik dan kepimpinan negara. Walaupun ternyata pihak kerajaan tidak senang dengan tindakan rakyat namun kesungguhan yang ditunjukkan oleh rakyat untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan bersih dan adil harus dilihat secara sihat dan bukan ditafsir secara negatif.

Friday, November 16, 2007

Kak Anis & Kak Iman mulakan cuti hujung tahun

CUTI hujung tahun telah pun bermula. 2 orang anak saya Anis & Iman akan pulang ke rumah kami. Saya dan Uminya berserta adik-adik mereka tertunggu-tunggu kepulangan mereka ini.

Petang semalam Paklang mereka telah menjemput di sekolah untuk pulang dulu ke rumah Tok mereka di Pondok Lanai. Kata Umi, insyaAllah esok (Sabtu) mereka berdua akan bertolak daripada Baling ke KL.

Anis & Iman belajar di
Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan Khairiah, Baling, Kedah DA.

Sebenarnya memang berat untuk 'melepas' kan mereka belajar nun jauh di sana. Tetapi mengenangkan ianya adalah untuk kebaikan mereka dan keluarga maka terpaksa di gagah kan juga. Mudah-mudahan segala-galanya di hitung oleh Allah sebagai amal yang soleh.

Thursday, November 15, 2007

Din makin segak

Shamsudin Ab Rahman, sahabat lama masa saya tinggal di Selayang dulu. Rupa-rupanya Din ini kira pangkat Bapak Saudara kepada isteri saya. Dalam gambar di atas beliau nombor 2 dari kiri.

Jengok-jengok dalam harakahdaily tadi ternampak gambar macam kenal je. Sah, memang Din. Beliau seorang sahabat yang istimewa dan cukup rajin. Kalau dalam mana-mana majlis Din ni kira antara orang yang paling lewat meninggalkan majlis. Selagi tak siap kemas dia tak balik lagi.

Jadi dulu kalau nak ke mana-mana majlis elok jangan tumpang Din sebab mesti balik lambat punya.

Bila teringatkan masa-masa lalu bersama Din, Berahim & Ustaz Salehudin ianya merupakan nostalgia indah yang sukar dilupakan.

Sahabat yang hebat!

Tengahari tadi Berahim singgah di pejabat saya. Saja-saja katanya turun ke KL nak jumpa sahabat-sahabat. Beliau yang kini telah bermastautin di Melaka kerana mengusahakan sebuah stesen minyak di sana berasal daripada Perak. Cakapnya pun dah lenggok Melaka.

Berahim yang saya kenal atau nama sebenarnya Ab Rahim seorang yang punyai 'rangkaian kawan' yang luas. Kemana-mana dia pergi akan ada rakan dan taulannya. Sebab itu kalau nak menghebahkan apa-apa maklumat, memaklumkan sahaja maklumat itu kepada Berahim dikira sudah mencukupi, kerana selepas itu maklumat itu akan bergerak dengan cepat kemana-mana.

Dulu masa beliau bekerja di Maybank dan tinggal di Selayang, kami selalu jugak 'travel' atau mempunyai program bersama dalam menjayakan dan menyertai pelbagai agenda perjuangan Islam.

Beliau seorang yang berpegang kuat dengan prinsip dan tidak takut untuk menegur mana-mana yang difikirkan patut di tegur. Sudah menjadi kebiasaannya kalau bertembung dengan 'maksiat' atau perlakuan sumbang terutama dikalangan remaja, terus di tegurnya. Sesuatu yang jarang orang mampu lakukan.

Saya secara peribadinya rasa lebih 'terkawal' masa bersahabat dengannya. Bila Berahim (Haji) telah berhijrah ke Melaka, terasa begitu 'kosong' dan terasa sangat seperti ada kekurangannya. Sukar untuk menzahirkan tulisan-tulisan mengenai 'kehebatan' Berahim ini. Dia memang ada sejenis 'aura' yang tidak dimiliki oleh sahabat-sahabat lain.

Yahh....dia memang seorang sahabat yang hebat dan istimewa pernah saya kenali.

Tahniah! Sofea dapat 5A dalam UPSR

SOFEA, anak saudara saya berjaya mencapai 5A dalam peperiksaan UPSR yang diumumkan keputusannya pagi ini. Saya cukup berbangga dengan pencapaian anak-anak adik saya (Suriya) ini.

Anak pertama beliau Shafiqa, 2 tahun lepas juga mendapat keputusan yang sama. Sehingga kini Suriya mempunyai 4 orang anak iaitu Shafiqa, Sofea, Ana & Shifa.

Disebalik kejayaan Shafiqa dan Sofea ini sebenarnya ada 2 insan lebih istimewa iaitu adik saya (Suriya) dan suaminya Saad.

Kalian memang hebat. Sekali lagi sekalung tahniah daripada Pak Long.

Wednesday, November 14, 2007

Saya turut saksikan sejarah dicipta


ALHAMDULILLAH semuanya selamat. Himpunan BERSIH yang berjaya menarik penyertaan lebih 100,000 rakyat dikira perhimpunan paling hebat dalam sejarah negara. Saya katakan begitu kerana 'gelombang kuning' berjaya dibentuk dan bergerak dengan penuh keyakinan walaupun pelbagai halangan dan ugutan di terima.

Pihak Polis, Menteri-Menteri sehinggalah kepada PM turut memberikan amaran supaya rakyat tidak menghadiri perhimpunan Aman ini namun sesuatu yang jarang berlaku telah terjadi apabila beribu-ribu rakyat berjaya melepasi 'sekatan-sekatan' yang menghalang mereka untuk tiba ke destinasi perhimpunan tersebut.

Apabila mereka di halang melalui sekatan jalanraya, rakyat mula menggunakan pengangkutan awam untuk masuk beramai-ramai ke KL. In sesuatu yang mengkagumkan. Sesiapa sahaja yang menyaksikan 'gelombang kuning' ini akan pasti 'terpegun' dengan semangat rakyat ini.

Bak kata seorang teman pejabat saya, "...sejak hari itu aku tidur pun tersenyum". Dia puas dengan perhimpunan Aman yang paling berjaya dalam sejarah penglibatannya menuntut demokrasi.

Tahniah rakyat!

Friday, November 09, 2007

Mat Seman berkunjung ke rumah


Kawan lama saya Mohamad Othman atau kami panggilnya MAT SEMAN berkunjung ke rumah saya petang semalam. Beliau dan keluarga singgah di rumah saya selepas menziarahi anak seorang kawannya yang di rawat di HUKM.

Mat Seman walaupun bukan se kelas dengan saya di sekolah menengah dulu tetapi dari jurusan yang sama. Beliau di 5 Sains Biru manakala saya di 5 Sains Merah. Yang menjadikan kami erat ialah selain rumah kami di Jasin bersebelahan tetapi yang lebih tepat ialah kami sama-sama 'bergabung' waktu di kampung dulu sebagai 'kaki surau & kaki masjid'.


Banyak yang kami sembangkan. Sekarang ni beliau berkhidmat sebagai seorang Pengurus di Felcra Raub, Pahang.

Monday, November 05, 2007

Pak Uda Md Diah berpulang ke Rahmatullah

Lebih kurang pukul 2.00 pagi hari Sabtu, saya dapat panggilan daripada Jasin mengatakan yang Pak Uda Md Diah baru sahaja meninggal dunia di rumahnya di Pondoi, Negeri Sembilan.

Saya terus hubungi adik saya yang pulang ke kampung kami di Seri Kendong, Negeri Sembilan kerana menziarahi Pak Ngah Nuar yang meninggal dunia tengahari tersebut. Adik saya maklumkan yang mereka akan menziarahi Pak Uda Md Diah selepas upacara pengkebumian Pak Ngah Nuar pagi nanti.

PAK UDA MD DIAH yang saya kenal seorang yang kuat disiplinnya. "Kita mesyuarat kejap....." itulah kebiasaannya yang saya dengar bila waktu saya kecil-kecil dulu kalau bercuti di rumah beliau. Beliau menjadikan syura dikalangan keluarganya untuk lakukan apa-apa tugasan pada hari tersebut.

Pak Uda juga seorang yang cukup menghargai bantuan yang pernah kita berikan kepadanya. Saya masih ingat, beliau tidak akan lupa untuk menyebutkan 'jasa' saya membantunya menggali lubang sampah di belakang rumahnya setiap kali saya berkunjung ke rumahnya. "Lubang sampah ni lah yang engko tolong Pak Uda gali dulu..."

Bila sampai waktu solat, beliau akan minta saya azan.

Ingatkan semua ini menjadikan saya begitu sedih mendengar berita kepergiaannya itu. Waktu beliau terlantar sakit saya sempat menziarahi beliau, walaupun uzur tetapi terpancar aura kesolehan beliau. Beliau menangis bila saya datang ziarahinya. Sesuatu yang jarang saya lihat.

Mudah-mudahan Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al Fatihah.

Friday, November 02, 2007

Pak Ngah Nuar meninggal dunia

Lepas solat Jumaat tadi sekitar pukul 2.30 ptg, saya terima SMS daripada Nasran yang maklumkan bahawa Pak Ngah Nuar baru sahaja kembali ke Rahmatullah.

Berita itu buatkan saya sedih dan terus teringatkan saat-saat hayat beliau yang dikira seorang yang mudah mesra dan ceria. Mudah-mudahan Allah merahmati beliau dan memasukkannya dikalangan hamba-hambaNya yang soleh.
Sebenarnya Pak Ngah Nuar ini adalah anak kepada Wan Teh & Tok Sudin. Wan Teh pulak adik beradik dengan arwah nenek saya sebelah mak di Negeri Sembilan. Maknanya Pak Ngah Nuar ini ialah kira bapak saudara saya lah.
Adik beradik Pak Ngah Nuar ni bermula daripada Pak Long Zizul, Pak Ngah sendiri, Mak Lang Asiah, Mak Ndak Aishah, Som, Semah, Zizan, Lela, Pidah dan Wati.
Menurut Nasran, beliau akan di kebumi kan pada esok di kampung kami, Semerbok, Kota, Negeri Sembilan.

Berita sedih ini terus saya sampaikan kepada adik saya Suriya di Cini, Pahang.



Al-Fatihah

Thursday, November 01, 2007

Himpunan 100k

Himpunan yang akan berlangsung ini saya kira paling bersejarah dalam sejarah 50 tahun kemerdekaan negara kita. Lebih 40 NGO dan parti politik bersatu melibatkan diri dalam perhimpunan ini nanti.
Di pihak Parti Islam Se Malaysia (PAS), Presidennya Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang bersama Ketua Dewan Ulamak parti tersebut telah menandatangani kenyataan bersama menyeru ahli-ahlinya hadir ke perhimpunan tersebut. Sesuatu yang jarang dilakukan oleh pimpinan Parti Islam tersebut.
Saya sendiri bersama keluarga akan ikut serta mencatatkan diri untuk bersama-sama dalam senarai sejarah gemilang kebangkitan ummah ini. InsyaAllah.

Amir, Amar, Amri & Anwar Ibrahim

Ini adalah gambar yang sempat dirakam oleh isteri saya sewaktu kami berkunjung ke Rumah Terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kediaman beliau di Bukit Segambut.

Dari kiri Amar, Anwar, Amir dan Amri (hanya kelihatan songkok je).