Friday, November 02, 2007

Pak Ngah Nuar meninggal dunia

Lepas solat Jumaat tadi sekitar pukul 2.30 ptg, saya terima SMS daripada Nasran yang maklumkan bahawa Pak Ngah Nuar baru sahaja kembali ke Rahmatullah.

Berita itu buatkan saya sedih dan terus teringatkan saat-saat hayat beliau yang dikira seorang yang mudah mesra dan ceria. Mudah-mudahan Allah merahmati beliau dan memasukkannya dikalangan hamba-hambaNya yang soleh.
Sebenarnya Pak Ngah Nuar ini adalah anak kepada Wan Teh & Tok Sudin. Wan Teh pulak adik beradik dengan arwah nenek saya sebelah mak di Negeri Sembilan. Maknanya Pak Ngah Nuar ini ialah kira bapak saudara saya lah.
Adik beradik Pak Ngah Nuar ni bermula daripada Pak Long Zizul, Pak Ngah sendiri, Mak Lang Asiah, Mak Ndak Aishah, Som, Semah, Zizan, Lela, Pidah dan Wati.
Menurut Nasran, beliau akan di kebumi kan pada esok di kampung kami, Semerbok, Kota, Negeri Sembilan.

Berita sedih ini terus saya sampaikan kepada adik saya Suriya di Cini, Pahang.



Al-Fatihah