Lebih kurang pukul 2.00 pagi hari Sabtu, saya dapat panggilan daripada Jasin mengatakan yang Pak Uda Md Diah baru sahaja meninggal dunia di rumahnya di Pondoi, Negeri Sembilan.
Saya terus hubungi adik saya yang pulang ke kampung kami di Seri Kendong, Negeri Sembilan kerana menziarahi Pak Ngah Nuar yang meninggal dunia tengahari tersebut. Adik saya maklumkan yang mereka akan menziarahi Pak Uda Md Diah selepas upacara pengkebumian Pak Ngah Nuar pagi nanti.
PAK UDA MD DIAH yang saya kenal seorang yang kuat disiplinnya. "Kita mesyuarat kejap....." itulah kebiasaannya yang saya dengar bila waktu saya kecil-kecil dulu kalau bercuti di rumah beliau. Beliau menjadikan syura dikalangan keluarganya untuk lakukan apa-apa tugasan pada hari tersebut.
Pak Uda juga seorang yang cukup menghargai bantuan yang pernah kita berikan kepadanya. Saya masih ingat, beliau tidak akan lupa untuk menyebutkan 'jasa' saya membantunya menggali lubang sampah di belakang rumahnya setiap kali saya berkunjung ke rumahnya. "Lubang sampah ni lah yang engko tolong Pak Uda gali dulu..."
Bila sampai waktu solat, beliau akan minta saya azan.
Ingatkan semua ini menjadikan saya begitu sedih mendengar berita kepergiaannya itu. Waktu beliau terlantar sakit saya sempat menziarahi beliau, walaupun uzur tetapi terpancar aura kesolehan beliau. Beliau menangis bila saya datang ziarahinya. Sesuatu yang jarang saya lihat.
Mudah-mudahan Allah swt mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al Fatihah.