Friday, November 09, 2007

Mat Seman berkunjung ke rumah


Kawan lama saya Mohamad Othman atau kami panggilnya MAT SEMAN berkunjung ke rumah saya petang semalam. Beliau dan keluarga singgah di rumah saya selepas menziarahi anak seorang kawannya yang di rawat di HUKM.

Mat Seman walaupun bukan se kelas dengan saya di sekolah menengah dulu tetapi dari jurusan yang sama. Beliau di 5 Sains Biru manakala saya di 5 Sains Merah. Yang menjadikan kami erat ialah selain rumah kami di Jasin bersebelahan tetapi yang lebih tepat ialah kami sama-sama 'bergabung' waktu di kampung dulu sebagai 'kaki surau & kaki masjid'.


Banyak yang kami sembangkan. Sekarang ni beliau berkhidmat sebagai seorang Pengurus di Felcra Raub, Pahang.