Wednesday, November 14, 2007

Saya turut saksikan sejarah dicipta


ALHAMDULILLAH semuanya selamat. Himpunan BERSIH yang berjaya menarik penyertaan lebih 100,000 rakyat dikira perhimpunan paling hebat dalam sejarah negara. Saya katakan begitu kerana 'gelombang kuning' berjaya dibentuk dan bergerak dengan penuh keyakinan walaupun pelbagai halangan dan ugutan di terima.

Pihak Polis, Menteri-Menteri sehinggalah kepada PM turut memberikan amaran supaya rakyat tidak menghadiri perhimpunan Aman ini namun sesuatu yang jarang berlaku telah terjadi apabila beribu-ribu rakyat berjaya melepasi 'sekatan-sekatan' yang menghalang mereka untuk tiba ke destinasi perhimpunan tersebut.

Apabila mereka di halang melalui sekatan jalanraya, rakyat mula menggunakan pengangkutan awam untuk masuk beramai-ramai ke KL. In sesuatu yang mengkagumkan. Sesiapa sahaja yang menyaksikan 'gelombang kuning' ini akan pasti 'terpegun' dengan semangat rakyat ini.

Bak kata seorang teman pejabat saya, "...sejak hari itu aku tidur pun tersenyum". Dia puas dengan perhimpunan Aman yang paling berjaya dalam sejarah penglibatannya menuntut demokrasi.

Tahniah rakyat!