Monday, January 08, 2007

Banjir dan Dak Yiin

BERITA banjir luar biasa di 4 negeri menjadi bualan utama sejak sebulan yang lalu. Negeri yang terlibat ialah Johor, Melaka, Pahang dan NS. Yang paling kritikal ialah Johor.

Sebenarnya sejak 2 minggu lepas saya telah beberapa kali cuba mengulang tulis dengan ‘mencuri-curi’ masa untuk mencatat sedikit mengenai perkembangan ini. Tapi elok-elok saja saya menyelesaikan tulisan….sambungan ke internet terputus. Ini menyebabkan tulisan saya pun ‘hilang’. Geram betul!!!

Kali ni saya menulis di ‘MsWord’ dulu…lepas ni baru saya ‘paste’ kan ke ‘Blog’ saya…hek..hek..hek…

Bercakap pasal banjir ni saya teringat waktu kecik-kecik dulu. Tempat yang mula-mula digenangi air di kampung saya ialah Kedai Dak Yiin. Dak Yiin dan keluarganya berbangsa Cina yang berniaga kedai kopi dan runcit di kampung saya. Kedainya terletak di pertemuan 2 longkang besar, sebab tu lah bila hujan lebat sikit kedainya akan segera dinaiki air.

Kelam kabutlah Dak Yiin dan isterinya Dak Cau melakukan apa yang patut bila hujan mula mencurah-curah turun. Kenapa pulak ada ‘Dak’ kat depan nama mereka ni. Memang jadi macam budaya orang kat Melaka meletakkan perkataan ‘Dak’ di depan nama seseorang yang sedang di ceritakan tentangnya. Mungkin asalnya ‘Budak’ kot.

Istimewanya Dak Yiin ni ialah dia mengingat salasilah keluarga-keluarga Melayu di kampung saya tu. Pendik kata, kalau kita berminat nak tahu kita ni daripada ‘species’ mana, elok pekena kopi secawan kat kedai dia dan dia akan ceritakan titis baris kita.

Tapi malangnya selepas Dak Yiin meninggal barulah saya mula mengumpul senarai salasilah saya daripada ‘perawi’ yang lain yang tidak sedarjat Dak Yiin dari segi ingatan dan ketepatannya.

Selepas saya berhijrah ke KL, tak lama selepas itu saya diberitahu yang beliau telah meninggal dunia. Isterinya Dak Cau dan anak-anak beliau telah berpindah ke Taman Maju Jasin.

Apa pun Dak Yiin adalah insan yang ‘automatik’ saya teringat bila berlaku ‘bah’ atau banjir.