Kalaulah demokrasi berjaya dipulihkan di Malaysia saya pasti ianya adalah ‘sayonara’ buat BN.
Cuba bayangkan parti-parti pembangkang seperti Pas tetap mampu menang disaat demokrasi pincang. Media dikuasai penuh oleh BN. Agensi-agensi kerajaan di manupulasi semahunya oleh mereka.
Media cetak umpamanya bermula daripada Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, Kosmo, NST, The Star, The Sun adalah antara media cetak harian yang berhempas pulas menegakkan benang basah BN. Itu belum dicampur lagi dengan pelbagai media picisan seperti Sinar, mingguan itu dan ini. Bagaimana pula dengan akhbar berbahasa Cina dan India. Yang semuanya berperanan sebagai alat BN. Jika dicampur tidak kurang 10 jenis akhbar harian yang mendokong BN setiap hari. Manakala jumlahnya lebih besar jika dicampur yang terbit secara berkala.
Mari kita pula kita lihat apa yang dibenarkan untuk parti lawan BN. Pas yang dikira sebuah parti paling kuat dan paling lama dalam menghadapi BN hanya dibenarkan dengan satu permit akhbar. Itu pun hanya 2 keluaran untuk sebulan! Sudahlah tu, edarannya hanya boleh dibuat secara ‘legal’ kepada ahli-ahli sahaja. Menjadi kesalahan pulak kalau dijual dikhalayak umum. Macam nak jual dadah!
Permohonan parti itu untuk mengeluarkan akhbar harian Purnama tidak dilayan sehingga hari ini.
Mari kita tinjau pulak kemudahan media elektronik yang menjadi alat BN. TV1, TV2, TV3, TV7, TV8, TV9. Siaran Radio pulak. Tak terkira, bermula dengan siaran Radio Klasik Nasional sehinggalah ke siaran radio wilayah dan negeri-negeri. Usahkan permohonan melalui kapasiti sebuah parti, permohonan melalui sebuah kerajaan negeri seperti Kelantan yang dikuasai oleh Pas pun tidak dibenarkan untuk sebuah saluran radio.
Kalau begitulah keadaannya, apakah yang boleh kita katakan terhadap demokrasi di Malaysia. Saya masih ingat dalam satu ucapan Dr Siddiq Fadhil sewaktu beliau memimpin ABIM. Katanya orang Kelantan menggelarkan demokrasi ini sebagai demo crazy!
Bagaimanapun dalam keadaan padang yang tidak sama rata, penipuan yang berleluasa dalam pilihanraya, parti-parti pembangkang khususnya Pas mampu jugak menang dan meraih undi yang agak memberangsangkan.
Saya yakin seyakinnya! Sekiranya demokrasi berjaya dipulihkan rakyat akan mendapat maklumat yang cukup untuk mereka memilih. Mereka akan bebas membuat pilihan. Dan sudah pasti ucapan paling afdal buat BN ketika itu ialah ‘sayonara’.
Syabas BERSIH atas usaha kalian.