Friday, November 30, 2007

Imbas Kembali : Diskusi antara saya dan Nazri

DISKUSI ini adalah antara saya dengan seorang rakan di pejabat. Lama dulu. Bila kemaskini email-email saya, terpandang pulak diskusi ini. Saya fikir elok kalau saya post kan di sini untuk rekod dan panduan. Ianya adalah bermula daripada laporan akhbar Utusan Malaysia seperti di bawah.

-----Original Message-----
From: Safuan Ibrahim [mailto:safuan@bankindustri.com.my]
Sent: Thursday, June 02, 2005 9:23 AM
Subject: Fwd: Laporan Utusan Malaysia...

Saya fikir laporan ini walaupun cuba menimbulkan 'pertentangan' tetapi kepada mereka yang berfikiran matang ianya menggambarkan sikap terbilang Pemuda Pas yang menjadi 'pengawal parti'. Pemuda Umno berani ke cakap macam ni kepada pemimpin mereka?

Dalam Negeri
Pemuda Pas dedah ada pemimpin parti hidup mewah

Oleh: ZULKIFLEE BAKAR

KOTA BHARU 1 Jun - Dewan Pemuda Pas hari ini secara terbuka mendedahkan sikap segelintir pemimpin mereka yang disifatkan telah dijangkiti penyakit elit, ego, angkuh dan mewah……

-----Original Message-----
From: Mohd Nazri Hussin [mailto:nazri@bankindustri.com.my]
Sent: 02 Jun 2005 10:00

Sebenarnya memang ramai pemimpin PAS yang hidup mewah. Saya dah lama tahu. Mereka pun manusia juga bukan malaikat. Ramai juga yang songlap balak kat kelantan tu (kawan saya bapak dia Pengarah Orang Asli kat Kelantan, dia yang bagitau). Perangai macam UMNO juga cuma, mereka ada lebel halal "sebab parti Islam". Tapi bukan semua, cuma kebanyakan. Sebab tu mereka pun berebut jawatan (contoh macam pertandingan jawatan untuk ketua bahagian dan sbgnya).

Sebab tu, maaf saya cakap, kadang-kadang saya pun tak yakin dengan PAS untuk bawa Islam kat M'sia ni. Contoh yang baik ialah seperti Nik Aziz. Tak ramai pemimpin PAS yang boleh ikut macam beliau.

Islam tak akan memang dengan demokrasi. Islam menang dengan mujahadah dan pengorbanan. Demokrasi PENIPU. Aku tak percaya langsung dengan Demokrasi.

From: Safuan Ibrahim [mailto:safuan@bankindustri.com.my]
Sent: Thursday, June 02, 2005 10:33 AM

Saya pulak berpandangan.....memang tak salah hidup mewah. Tapi mestilah dengan cara dan garis yang diluluskan oleh syarak. Ramai jugak para sahabat Nabi yang kaya dan mewah....tapi mereka gunakan kemewahan tu untuk perkukuhkan kedudukan agama. Saya masih ingat kata seorang ustaz.....kalau kita ada 'apa-apa' barulah boleh kita beri 'apa-apa'; kalau kita tak ada 'apa-apa' macamana kita nak beri 'apa-apa'. 'Apa-apa' ni termasuklah ilmu, harta & pengorbanan.

Berkenaan songlap balak kat Kelantan......saya dah dengar ni sejak tahun 1995 lagi. Annuar Musa pun pernah bangkitkan dalam debat nya dengan Mahfuz Omar (waktu tu beliau Ketua Pemuda PAS) di himpunan pelajar di UK atau US (saya tengok VCD). Tapi bila Mahfuz cabar dia bawak kes ini ke mahkamah.....Annuar senyum meleret je. Dan saya yakin kalau betullah kes ni wujud....Umno/BN tak akan lepas peluang belasah Pas habis-habisan....ini logiknya dalam politik 'bunuh' yang diamal oleh Umno/BN. Tapi sudah lebih 13 tahun Pas pimpin Kelantan....tak ada satu kes pun yang Umno/BN boleh kaitkan dengan salah guna kuasa.

Saya pun ragu jugak bapak kawan engko tu yang kata Pengarah Orang Asli Kelantan....mungkin dia ni ada agenda sendiri kalau bukan pun dia Umno/BN.

YAKIN dengan Pas?

Saya berpandangan....kita nak yakin dengan sesuatu...kena tengok undang-undang tubuh sesuatu badan/organisasi tu. Kemudian tengok lah pegangan tertinggi yang dicatatkan. Memang sukar untuk lahirkan lagi orang macam Nik Aziz, samalah jugak sukar untuk lahirkan generasi sahabat. Kata Syed Qutb lebih kurang dalam 'Petunjuk Sepanjang Jalan'.....'tidak mungkin lagi wujud generasi seperti yang pernah diwujudkan oleh Nabi saw........tetapi kemungkinan wujud individu yang berperanan dan mengikut jejak langkah mereka tu mungkin akan ada....'

Oleh itu tak kan lah kita nak tunggu sampai semua orang Pas jadi macam Nik Aziz baru kita nak yakin dengan perjuangan tersebut?

Apa yang saya perhatikan Pas ialah satu daripada mata rantai yang menyambung perjuangan menegakkan Islam. Pas bukan macam Jamaat Islami di Pakistan yang hanya menerima ahli terpilih. Atau Abim & Jim di Malaysia yang dianggotai oleh mereka yang mempunyai Diploma dan ke atas.

Tetapi...Pas ialah gerakan 'massa' yang menerima penyertaan segenap lapisan masyarakat.....bak kata orang...'yang pipih datang melayang, yang bulat datang menggolek, yang tempang datang berpapah'. Bahkan ianya menerima lapisan masyarakat paling bawah latarbelakang pendidikan sehinggalah ke setinggi-tinggi profession yang sanggup menerima amanah perjuangan ini.

Islam tak boleh menang dengan demokrasi?

Saya tak yakin dengan kenyataan ini. Sebab Islam pernah buktikan ianya boleh menang apabila demokrasi dibuka. FIS di Algeria pernah menang bila demokrasi dibuka. Parti Refah pimpinan Erbakan pun pernah menang di Turki. Pas pun boleh menang di Kelantan & Terengganu bila demokrasi dibuka sedikit.

Soalnya apakah benar demokrasi?

Sebab itu kalau kita ikuti ucapan Presiden dan pimpinan Pas....antara agenda penting yang mesti di perjuangkan untuk tahap ini ialah memulihkan demokrasi di Malaysia. Sebab itu Pas bersetuju bersama-sama berganding bahu dengan parti-parti dan NGO lain untuk pulihkan demokrasi. Bila demokrasi dipulihkan.....ruang menjelaskan Islam akan terbuka luas....massa akan mula memahami dan menghayati Islam......Islam pasti diterima oleh rakyat. Sebab Islam itu adil, indah dan cantik.

Untuk kembalikan demokrasi....perlukan mujahadah dan pengorbanan......macam yang sdr katakan tadi. Ramai yang terbabas....ramai yang tersungkur ditengah perjuangan....ramai yang terperosok dalam sel-sel penjara...ramai yang gugur syahid....Inilah rekod Pas.

Tak percaya dengan demokrasi? Memang....jika demokrasi itu ialah seperti yang ada sekarang. Tetapi macam saya katakan tadi, kita kena bersama berkorban apa sahaja untuk pulihkan demokrasi. Bila demokrasi dibuka walau sedikit Islam tetap akan mengunggulinya....

OK.....buka pada perbincangan.....

From: Mohd Nazri Hussin [mailto:nazri@bankindustri.com.my]
Sent: 02 Jun 2005 12:12

Tapi Nabi tak pernah tubuh parti pun? Nabi diangkat menjadi pemimpin tidak melalui demokrasi. Sebenarnya demokrasi ynag melemahkan umat Islam. Benar, di Algeria dan Turki parti Islam menang. tapi lihatlah apa yang terjadi kepada mereka. Menang atas nama sahaja tetapi dari segi kerohanian mereka lemah selemah lemahnya. Yang cipta demokrasi pun orang yahudi. Jadi mereka tahu dengan cara itu orang Islam akan menjadi lemah. Macam Taliban di Afganistan, mereka menolak sistem demokrasi dan mereka berjaya menegakkan syiar Islam sampai sekarang. Media massa sahaja yang kata Taliban kalah tapi sebenarnya mereka menang. Amerika serang mereka sebab Taliban tak mau ikut sistem demokrasi. Taliban berjaya mengangkat maruah Islam yang sebenarnya.

Siapa yang membiarkan umat islam diMalaysia berpuak2 (berparti). Tentulah Inggeris. Inggeris bukan sahaja jajah ekonomi kita tapi mereka nak jajah minda kita. Sebab tu orang yahudi tak takut dengan Parti Islam (i.e Pas dan sebagainya) sebab mereka tahu selagi orang Islam berparti dan menuntut kemenangan melaui demokrasi, selagi itu Islam tak akan menang. Masa Inggeris tinggakan Tanah Melayu, mereka tak kisah di Tanah Melayu ada Parti Islam. Inggeris sebenarnya redha dengan Parti Islam. Kalau tudak dah tentu dulu lagi mereka dah hentam parti Islam. Tapi mereka biarkan sahaja.

Inggeris, Amerika, dan Israel cuma takut pada orang-orang macam Taliban, Mujahidin di Chenchen, golongan macam Usama Laden dan sebagainya. Sebab mereka ini semua nak tegakkan Islam cara sunnah dan bukan cara demokrasi. Mereka ini semua macam singa di siang hari tapi menangis seperti bayi di malam hari beribadat di depan Allah. Amalan mereka 100% sunnah dan hanya berharap pada Allah semata-mata. Mereka serahkan diri, nyawa dan harta mereka pada jalan Allah.

Berapa ramai penyokong Pas yang sembahyang tahjud, banyakkan buat amalan malam dan hidupkan sunnah. Sangat sedikit. Tapi ramai yang bersikap macam seolah-olalah mereka sahaja yang layak masuk syurga, bergaduh dengan jiran tetangga pasal parti, malah ada yang sanggup putus saudara kerana parti (berlaku pada keluarga saya). Cerca mencerca jangan cakap la, memang selalu saya dengar.

Safuan, saya sokong semua pertubuhan atau mana-mana pihak yang nak tegakkan Islam di muka bumi Allah ni. Saya cuma terkilan cara sebahagian (bukan semua) anggota/ penyokong Pas yang hipokrit dan tidak berhikmah dalam berdakwah.

From: Safuan Ibrahim [mailto:safuan@bankindustri.com.my]
Sent: Thursday, June 02, 2005 3:14 PM
To: nazri@bankindustri.com.my

OK ....baru dapat masa sikit....

Nabi tak pernah tubuh parti?

Saya sebenarnya terkejut dengan soalan ni.....sebab saya fikir kekalutan ini telah lama diselesaikan dalam pemikiran kita terutama dikalangan yang terpelajar seperti sdr. Pendedahan ini sepatutnya sudah biasa didengar masa di Universiti dulu.

Kalau nak di qias kan dengan soalan ni.....kira terlalu banyaklah benda yang nabi tak pernah buat dulu tapi kita buat sekarang. Saya tak perlu sebutlah....sdr tentu dapat menghitungnya.

Parti ni nama sahaja.....kita boleh sebutnya kumpulan, organisasi, harakah, jamaah, hizb (dalam Al-Quran sendiri ada sebut perkataan hizbullah - parti/puak Allah - itupun kalau kita nak semua benda disebut secara terus terang dalam Quran) dan macam-macam lagilah mengikut perkembangan bahasa dan zaman. Sebab itulah tok guru selalu sebut....hukum tak boleh diletak kepada nama tetapi kepada isinya.....contoh kalau di Kelantan ada kuih namanya kuih tahi itik! Kalau kita letak hukum pada nama....maknanya kuih tu haram dimakan! Belum lagi 'tahik lalat' yang melekat kat muka kita.....macamana nak solat tu.

Pas telah ditubuhkan untuk mencapai maksud 'mendaulatkan' Islam dalam segenap aspek.
Dalam negara yang telah diasaskan ini......kita telah ada perlembagaan. Suka atau tidak....inilah perlembagaannya. Inilah realitinya. Tak perlu kita ulang dan sesalkan bentuk negara yang telah ada ini....sebab orang dahulu telah berjuang untuk itu. Para ulamak telah habis keringat, airmata dan darah untuk perjuangan mendaulatkan Islam. Tapi .....akhirnya dengan tipu helah dan pelbagai hambatan....lahirlah Malaysia seadanya ini.

Disinilah titik tolak kita....

Untuk mencapai cita-cita besar ini dalam realiti Malaysia dan rakyatnya......Pas tak boleh jadi NGO sebab cara ni tak boleh sertai pilihanraya. Pas tak boleh jadi macam Arqam dulu.....yang nyawanya di tangan kerajaan....dan tak ada dokongan undang-undang untuk selamatkannya daripada tindakan mengharamkannya. Kita sudah lihat bagaimana nasibnya. Tinggal puing-puingnya sahaja. Kita tak cukup hanya jadi macam Jamaah Tabligh yang organisasinya lebih kabur untuk menerima apa-apa tanggungjawab.

Tetapi Pas mempunyai asas-asas tadi kalaupun tidak mendalam. Sekali lagi Pas adalah gerakan 'massa'. Disebabkan para ulamak memutuskan untuk menyertai pilihanraya sebagai 'cara silmi' untuk mengambil alih kerajaan......Pas mesti berdaftar sebagai sebuah parti politik. Tetapi sekali lagi Pas tak sama dengan lain-lain parti!

Saya tidak berniat memperkecilkan lain-lain badan....tetapi untuk membuktikan bahawa Pas melangkaui skop badan-badan tadi.

Memang Pas telah memilih 'berjuang secara silmi'. Silmi dengan makna....secara aman. Mengambil alih kepimpinan negara melalui kaedah ini. Cara aman itu ialah menyertai Pilihanraya.

Oleh kerana Pas adalah sebuah gerakan Islam, tugas Pas bukan sahaja menyertai Pilihanraya. Pas juga mendidik ahli-ahlinya dengan tasawwur Islam yang menyeluruh melalui usrah, tamrin, muqayyam, seminar, kursus dan apa sahaja metodologi yang dikira perlu bagi melahirkan petugas yang ikhlas dan tahan uji. Sekali lagi nama program itu tidak penting, ianya adalah 'alat' sahaja bagi mencapai maksud. Antara yang terbaru ialah....'A morning with Tok Guru' di Dewan Bunga Raya, Glenmarie. Apa isinya.....itulah juga apa yang kita temui dalam lain-lain program pembinaan dalaman ahli-ahli Pas.

Berjaya atau tidak? Ada yang berjaya dan ada yang tidak.....tetapi nawaitu nya ialah untuk Islam. Soal berjaya....berkesan atau tidak, bukan urusan kita. Kita dituntut melakukan yang terbaik untuk agama.....itu sahaja. Kalau tidak berjaya....kita akan melakukan muhasabah.....proses ini berlanjutan dalam Pas.

DEMOKRASI....

Sekali lagi....itulah saya katakan tadi....demokrasi macamana? Kita berjuang Islam ini antara lain ialah untuk pulihkan demokrasi. Saya tidak fikir demokrasi ini melemahkan.....kalau kita menyertai perjuangan ini......kita sebenarnya berjuang untuk membaiki demokrasi.

Dalam Pas sendiri bukan semuanya berasaskan demokrasi. Kita ada syura dan institusinya ialah Majlis Syura yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am. Kalaupun keputusan demokrasi diperolehi dalam Pas. Tiba-tiba ianya bertentangan dengan prinsip Islam. Majlis Syura akan membatalkannya. Syura dan demokrasi beriringan dalam Pas.

Lagipun demokrasi yang berjalan contohnya dalam pertandingan jawatan dalam Pas, ianya adalah sebahagian daripada syura. Kalau dulu pimpinan dipilih melalui 'angkat tangan' atau syura. Tapi bila bilangan sudah menjangkau beribu-ribu orang....tak kan nak angkat tangan jugak. Mestilah melahirkannya melalui kertas undi. Inilah syura ahli-ahli.

Di Algeria dan sebagainya....saya nak sebut tadi bahawa jika demokrasi dipulihkan .....gerakan Islam boleh menang. Ini point saya. Persoalan bagaimana mengurus kemenangan.....ini soal lain. Ini sekali lagi adalah tarbiyyah praktikal oleh Allah swt untuk mengajar pejuang Islam bahawa banyak lagi tektik dan teknik yang mesti dipelajari oleh mereka untuk survive. Sebab itu tok guru selalu kata....untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya sebenarnya mudah....tetapi untuk mengisi kemenanganlah yang paling payah!

Maknanya kita semua mesti bersiap sedia dan menyediakan generasi kita untuk memimpin dunia. Kan sofistikated tu perjuangan ini. Tak boleh lah kita nak cerita semua sekali benda-benda macam ni....ianya difahami oleh ahli-ahli Pas.

Tengok Taliban.

Sekali lagi saya tidak perkecilkan usaha mereka. Tetapi kemana mereka sekarang? Berapa ramai yang berani bersama-sama mereka mempertahankan hak mereka dulu. Sekarang ni mereka berjuang cara gerila. Ini yang sdr katakan berjaya?

Saya tidak melihatnya sebagai 'berjaya' dalam konteks kesan terhadap dunia Islam. Walaupun saya yakin mereka yang gugur dikalangan mereka adalah syuhada. Adakah kita di sini boleh bergerak sama dengan cara mereka di Afghanistan. Saya mungkin memilih untuk bergerak secara 'silmi' seperti yang saya hurai di atas tadi. Sebahagian besar umat Melayu boleh menerima cara 'silmi' ini. Inilah realitinya. Namun sekali lagi saya cukup menghormati pengorbanan mereka semua.

PERENGGAN 2

Yahudi tak takut Parti Islam....
Mungkin betul. Tapi kita perlu faham bahawa parti Islam ini adalah wasilah sahaja, alat sahaja untuk mencapai maksud. Disini kita belajar segala-galanya. Belajar berurusan dengan orang, belajar mengurus jamaah, belajar mendidik bangsa, belajar membangun diri masing-masing dan termasuk belajar bagaimana menghadapi umat Islam yang tidak faham Islam, umat Islam yang menentang sistem Islam dan macam-macam lagi......(macam-macam ada).

Setiap hari kita baiki diri kita sebagai parti Islam sehinggalah kita ada pada tahap kita sekarang ni sekurang-kurangnya lebih baik daripada sebelum ini. Inggeris dan Yahudi redha kat kita? Saya fikir mereka sebenarnya 'serba salah'. Sistem demokrasi yang dikatakan mereka cipta itu telah 'makan tuan'. Parti Islam boleh berjaya melalui jalan itu.....kalau mereka buka 'demokrasi' yang mereka laungkan itu.

Kenapa agaknya Inggeris tak bunuh parti Islam sejak dulu lagi....sebabnya ialah kebijaksanaan ulamak kita dulu yang mendaftarkannya atas nama parti politik. Inggeris tak boleh buat apa-apa sebab pendaftarannya ini adalah mengikut procedure yang digariskan oleh Inggeris pada waktu itu untuk semua parti politik. Lainlah kalau Pas dulu (nama lain) bergerak macam Arqam buat hari tu.....sure kena tutup kedai punya!!!

Bukan semua yang datang daripada Inggeris atau Yahudi tu kita tak boleh guna......pun banyak contoh yang boleh dibawak. Tapi kita olahnya sehingga memberi advantage kepada kita. Contoh dalam zaman ini ialah 'komputer & internet' yang kita tengah guna ni. Siapa yang rekacipta.

PERENGGAN 3

Inggeris hanya takut pada Taliban, Mujahiden Chenchen, Usamah Laden. Masalahnya majoriti orang Islam pun takutkan mereka! Sekali lagi saya nak sebutkan bahawa saya cukup menghormati pengorbanan mereka tetapi itu realiti dan jalan yang mereka pilih. Cara yang dipilih oleh Pas adalah sebagaimana yang saya cerita tadi.

Memang mereka ni macam singa di siang hari dan menangis di malam hari. Adakah macam singa itu hanya berperang di medan? Bersungguh-sungguh, berjihad dalam pelbagai aspek untuk bangunkan jamaah dan perjuangan, bersiap sedia untuk bertempur dalam pilihanraya juga memerlukan semangat singa tadi. Dan semangat juang dalam penyertaan demokrasi juga menjadikan para pimpinan dan pejuang tersembam kebumi mengadu dengan esak tangis.

Tengok mainan media yang memperlekehkan perjuangan dan membuat dakwaan-dakwaan palsu. Kita yang bukan ahli pun marah dan sakit hati. Bagaimana dengan pendokong Pas? Mereka lebih tersiksa lagi.... tapi itulah tarbiyyah yang mesti mereka lalui. Saya kata tadi mereka juga tidak kurang ditekan, dinafikan hak, ditangkap, dipenjara dan ada yang gugur syahid ....walaupun menyertai demokrasi. Saya fikir tidak adil kalau kita katakan pejuang dalam pentas demokrasi tidak mengamalkan sunnah (100% ? ini saya fikir pandangan yang ekstrim).

PERENGGAN 4

Saya sebenarnya sedih dengan dakwaan ini.....solat tahajjud, zikir, bergaduh dengan jiran. Macam saya katakan tadi. Pas bukan jamaah elit. Ia menampung seluruh lapisan umat. Sudah tentulah pelbagai karenah yang kita jumpa. Macam Umat Islam itu sendiri juga. Kata Lim Jooi Soon....'kalau saya tengok perangai orang Islam, saya tak mungkin masuk Islam; tapi mujurlah saya tengok kebenarannya lalu saya masuk Islam'.

Sifat-sifat mazmumah (sifat yang dibenci) ini ada pada semua organisasi. Lebih-lebih lagi ianya lebih dapat dilihat jika ianya adalah badan Islam. Orang boleh terima sifat jahat ini tumbuh dan subur dalam Umno/BN, tapi orang akan nampak 'besar' bila ianya berlaku dalam Pas. Inilah bagusnya.....proses Islah dan pembaikan akan segera berjalan dalam jamaah ini.

Adakah kita hendak tunggu sehingga semua nya sukses dalam Pas baru kita boleh menerimanya? Sebenarnya kitalah agen pembaikan itu. Kita yang mesti berperanan membaikinya.

Saya sendiri....bukan ada apa-apa jawatan dalam Pas.....tapi saya berasa bertanggungjawab mempertahankan Pas. Walaupun saya tahu saya ni bukan baik atau bagus sangat. Ada satu terma yang tok guru ada sebut....'orang yang lakukan kemungkaran wajib cegah kemungkaran'. Apa hikmahnya? Boleh jawab sendiri....

Sebab tu selagi mereka tak melanggar disiplin parti (sudah tentu berdasarkan prinsip Islam) atau ada laporan dibuat terhadapnya....mereka dianggap sebahagian daripada jentera jamaah. Sifat-sifat mazmumah ini adalah sifat yang boleh dibaiki....proses ini akan berjalan...samada sedikit atau banyak bergantung kepada keberkesanan pimpinan diperingkat mereka....cawangan Pas.

Saya tidak mempertahankan mereka....kalau boleh tegur direct...silakan. Sebagaimana Mahfuz dalam debat dengan Annuar Musa dulu....dia kata, Pemuda PAS akan menyertai rombongan Annuar Musa membuat laporan Polis terhadap penyelewengan balak yang dibuat oleh pimpinan Pas Kelantan.

PERENGGAN AKHIR...

Saya pernah hadir dalam satu penggulungan ucapan dasar oleh Tok Guru Hj Hadi.....waktu tu Timbalan Presiden Pas. Ada perwakilan yang bangkitkan masalah ini. Tok Guru kata perjuangan Islam akan dipelihara oleh Allah.......pimpinannya akan ada silih berganti. Mereka yang tidak ikhlas dan menjadi onar dalam perjuangan akan tercicir dalam perjuangan.

Itulah juga keyakinan saya terhadap pemeliharaan Allah terhadap perjuangan Islam.
Terimakasih......Huuhhhh! letih....

From: Mohd Nazri Hussin [mailto:nazri@bankindustri.com.my]
Sent: 02 Jun 2005 15:54
To: safuan@bankindustri.com.my

Janganlah cakap letih. Sekurang-kurangnya safuan dah berdakwah kat saya yang dangkal ilmu ini. Terima kasih atas penerangan yang panjang lebar tu. Sebenarnya banyak lagi persoalan yang bermain difikiran saya. Saya juga banyak bercampur dengan golongan arqam sebab kampung tempat saya tinggal banyak ex-arqam. Ramai juga kawan saya orang Tabliq. Lagi ramai kawan-kawan saya orang PAS. Pada saya semuanya bagus dan baik untuk umat ini. Tapi yang malangnya, kita suka mengkondemkan sesama lain. Itu yang tak bagus. Semuanya gerakan termasuk ABIM, JIM dan lain-lain ada kebaikannya. Bukankah kalau semuanya bersatu hati. Kan lagi baik.

Dari Universiti, sampailah sekarang saya ikut yang mana baik, Tabliq saya ikut, Pas saya ikut, ABIM dan sebagainya. Saya ni tak ada ilmu agama. Jadi cara terbaik ialah ikut aje yang mana baik.

Macammana pun terima kasih dengan penerangan tersebut. Saya takut nak komen banyak-banyak, takut berdosa. Moga Allah ampunkan saya yang daif ilmu ini.

From: Safuan Ibrahim [mailto:safuan@bankindustri.com.my]
To: nazri@bankindustri.com.my


Saya pun bukan ada ilmu.

Saya bermula dengan Tabligh, Arqam dan bercampur dengan orang-orang Pas.

Saya tak pernah kondem mana-mana jamaah. Kalau saya sentuh hanya nak buat perbandingan sahaja. Tabligh dan Arqam banyak mendidik saya. Saya ingat tu.

Bersatu ni sukar....tapi saya yakin Allah akan aturkan nanti. Contoh dizaman moden di Malaysia ini ialah kes Anwar Ibrahim.....telah menyatukan semua badan Islam di negara ini. Mungkin kita kena belajar dan lalui beberapa kes besar lagi.....sebab rasanya kita tak pandai lagi menguruskan peluang bersatu yang Allah dah atur untuk kita hari tu.

Kita perlu tingkatkan keikhlasan dalam perjuangan. Bila kita ikhlas kita akan balik berpegang kepada perkara paling prinsip dalam perjuangan...bukan lagi taksub melulu kepada jamaah dan pimpinan.

Mudah-mudahan Allah memberkati perbincangan ini....amin.