Shamsudin Ab Rahman, sahabat lama masa saya tinggal di Selayang dulu. Rupa-rupanya Din ini kira pangkat Bapak Saudara kepada isteri saya. Dalam gambar di atas beliau nombor 2 dari kiri.
Jengok-jengok dalam harakahdaily tadi ternampak gambar macam kenal je. Sah, memang Din. Beliau seorang sahabat yang istimewa dan cukup rajin. Kalau dalam mana-mana majlis Din ni kira antara orang yang paling lewat meninggalkan majlis. Selagi tak siap kemas dia tak balik lagi.
Jadi dulu kalau nak ke mana-mana majlis elok jangan tumpang Din sebab mesti balik lambat punya.
Bila teringatkan masa-masa lalu bersama Din, Berahim & Ustaz Salehudin ianya merupakan nostalgia indah yang sukar dilupakan.