Tengahari tadi Berahim singgah di pejabat saya. Saja-saja katanya turun ke KL nak jumpa sahabat-sahabat. Beliau yang kini telah bermastautin di Melaka kerana mengusahakan sebuah stesen minyak di sana berasal daripada Perak. Cakapnya pun dah lenggok Melaka.
Berahim yang saya kenal atau nama sebenarnya Ab Rahim seorang yang punyai 'rangkaian kawan' yang luas. Kemana-mana dia pergi akan ada rakan dan taulannya. Sebab itu kalau nak menghebahkan apa-apa maklumat, memaklumkan sahaja maklumat itu kepada Berahim dikira sudah mencukupi, kerana selepas itu maklumat itu akan bergerak dengan cepat kemana-mana.
Dulu masa beliau bekerja di Maybank dan tinggal di Selayang, kami selalu jugak 'travel' atau mempunyai program bersama dalam menjayakan dan menyertai pelbagai agenda perjuangan Islam.
Beliau seorang yang berpegang kuat dengan prinsip dan tidak takut untuk menegur mana-mana yang difikirkan patut di tegur. Sudah menjadi kebiasaannya kalau bertembung dengan 'maksiat' atau perlakuan sumbang terutama dikalangan remaja, terus di tegurnya. Sesuatu yang jarang orang mampu lakukan.
Saya secara peribadinya rasa lebih 'terkawal' masa bersahabat dengannya. Bila Berahim (Haji) telah berhijrah ke Melaka, terasa begitu 'kosong' dan terasa sangat seperti ada kekurangannya. Sukar untuk menzahirkan tulisan-tulisan mengenai 'kehebatan' Berahim ini. Dia memang ada sejenis 'aura' yang tidak dimiliki oleh sahabat-sahabat lain.
Yahh....dia memang seorang sahabat yang hebat dan istimewa pernah saya kenali.