Saya ikut serta catatkan nama sebagai mereka yang turut turun menyatakan bantahan terhadap penyiaran kartun oleh akhbar barat terutamanya Denmark yang menghina junjungan Nabi SAW.
Apa yang saya dapat katakan ialah....ekor perarakan itu di Masjid Jamek Kg Bharu manakala kepalanya sudah berada di hadapan Kedutaan Denmark, Menara Safuan. Itulah gambaran ramainya penyertaan umat Islam terhadap demo tersebut.
Saya cukup tersentuh dengan sensitiviti umat Islam. Walaupun dalam isu-isu yang dikira besar seperti pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Iraq dan Palestin umat ini dilihat begitu lesu untuk 'bangkit', tetapi dalam isu penghinaan terhadap Nabi saw melalui penyiaran kartun oleh media Barat....umat ini telah mengejutkan dunia bahawa mereka sebenarnya tetap bertenaga untuk membela maruah agama mereka.