Diam-diam sudah 30 tahun mak meninggalkan aku. Waktu mak pergi menyahut panggilan Ilahi aku baru sahaja berusia 9 tahun. Sukar untuk menyatakan betapa rindunya aku kepada mak. Tapi aku redha....adalah hikmah yang tersirat disebaliknya.
Dalam diam juga aku sudah lupa rentak, bunyi suara dan gaya mak bercerita. Yang masih terbayang hanyalah wajah ceria mak. Mujurlah gambar-gambar lama masih elok tersimpan untuk mengingat kembali saat gembira bersama seorang bernama mak.
Al Fatihah untuk mak...
Tuesday, February 07, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment